Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kajian: 20 kenderaan dicuri sehari di M'sia

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Berdasarkan kajian, sebanyak 20 kenderaan dicuri setiap hari sepanjang 2020.



Bagaimanapun, jumlah itu menurun berbanding tahun sebelumnya hasil kerjasama erat Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



Kajian VTREC pada tahun lalu juga mendapati sebuah kenderaan dicuri secara purata setiap 1 jam 15 minit di Malaysia.



Ini didedahkan Koordinator VTREC, Cik Mas Tina Abdul Hamid



Sejauh ini, PDRM menahan 1,215 anggota sindiket curi kenderaan di seluruh negara sejak 2016 mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.



Daripada jumlah itu, seramai 753 dan 442 individu masing-masing terbabit mencuri motosikal dan kereta, manakala bakinya membabitkan lain-lain kenderaan.



Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar, berkata 1,215 anggota sindiket itu tidak termasuk ratusan individu lain didakwa di mahkamah atas kesalahan sama.



"Jenayah curi kenderaan ini sentiasa berlaku dan polis akan terus mengadakan kempen serta mendidik masyarakat supaya kurangkan ruang dan peluang untuk berlakunya aktiviti jenayah seperti itu.



"Antara punca berlakunya jenayah ini kerana sikap ambil mudah segelintir masyarakat terhadap aspek keselamatan, termasuk meletak kenderaan di tempat sunyi dan tidak mempunyai alat penggera," katanya semalam.



Datuk Dev berkata mengikut rekod sebanyak 21,578 kes kecurian kenderaan dilaporkan tahun lalu, berbanding 30,868 pada 2019.



"Statistik tahun lalu itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 30 peratus. Melihat kepada statistik itu, saya percaya penurunan kes ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama, kolaborasi serta sokongan padu daripada semua pihak," katanya yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM).



Awal bulan lalu, BHM melaporkan hasil siasatan polis yang telah menyerbu sebuah premis menjual kereta terpakai di Cheras.



Ini setelah polis pada 2 Februari lalu membongkar kegiatan satu sindiket kereta klon dan kereta curi yang aktif di Lembah Klang, Johor dan Perak dikenali sebagai Geng Zul.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata menerusi serbuan itu, polis merampas sebuah Honda TC-P yang didapati nombor casisnya sudah diubah suai.



"Bermula 2 Februari... kita melakukan beberapa siri serbuan lagi menerusi Op Lejang di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan Pulau Pinang.



"Hasilnya, kita berjaya menahan enam lelaki tempatan berusia 22 hingga 42 tahun dan merampas 19 kenderaan pelbagai jenama termasuk kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM3.5 juta ($1.1 juta) yang disyaki nombor casisnya sudah diubah suai," katanya pada sidang media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >