Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Kajian: Agensi kerajaan M'sia, parti politik paling aktif sebar maklumat salah

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Satu kajian semula mesej kempen yang dilaporkan oleh media dalam analisis pilihan raya Malaysia sejak 1999 mendedahkan kehadiran lima pola penyelewengan berulang yang sering dilakukan oleh agensi kerajaan dan parti politik.



Menurut kajian Asia Centre bertajuk 'Belia dan Disinformasi di Malaysia: Memperkukuh Integriti Pilihan Raya' yang dikeluarkan kelmarin menyatakan dalam kajian terhadap lima pilihan raya yang lalu terdapat kempen maklumat palsu yang konsisten.



Maklumat palsu ini biasanya dibina di sekitar kepalsuan yang berkaitan dengan orientasi seksual calon dan pergaulan bebas, rasuah, integriti pilihan raya, serangan terhadap ahli politik wanita dan campur tangan asing.



Pengarah serantau Asia Centre, Encik James Gomez, dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa kempen salah maklumat itu akan dipergiat menjelang dan semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang mesti diadakan menjelang September 2023.



"Berikutan pindaan perlembagaan 'Undi18' 2019, golongan belia menjadi sasaran utama parti politik dalam pilihan raya akan datang di Malaysia. Akibatnya, mereka juga akan menjadi sasaran kempen maklumat palsu kerana mesej politik dijangka diperhebat menjelang dan semasa pilihan raya.



"Semasa PRU15, kita boleh menjangkakan jenis maklumat yang sama akan digunakan dan mengesyorkan semua rakyat Malaysia berhati-hati dengan maklumat berkaitan topik khusus ini," ujar Encik Gomez.



Laporan Asia Centre menyatakan orientasi seksual dan pergaulan bebas dengan maklumat yang salah disasarkan kepada saingan politik, terutamanya sebagai percubaan untuk memburukkan pembangkang.



Beliau berkata tuduhan berkaitan seksual sering muncul berulang kali dalam kitaran pilihan raya kerana ahli politik Malaysia dinilai oleh pengundi akan 'kelakuan baik' mereka.



"Selain menimbulkan keraguan dalam fikiran pengundi, tuduhan salah laku seksual membawa kepada kes undang-undang yang berlarutan, dengan sesetengahnya berdepan kemungkinan dipenjarakan.



"Satu kes yang diperhatikan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah menanggung beban kempen yang berterusan sejak 1998 untuk memburuk-burukkan beliau menggunakan dakwaan homoseksualiti," kata kajian itu merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Anwar.



Asia Center berkata maklumat salah terhadap Datuk Anwar berterusan dari 1999 sehingga pilihan raya kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018, yang akhirnya dimenangi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.



Asia Centre badan pemikir sebuah institut penyelidikan berstatus perundingan khas dengan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga mendapati disinformasi ini juga dilakukan oleh pihak pembangkang.



Corak maklumat kedua yang paling berulang ialah dakwaan rasuah, yang disifatkan oleh kajian Asia Centre sebagai berleluasa dan diteruskan oleh kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang.



Penyelidikan itu dijalankan antara 15 Mei dengan 31 Ogos tahun ini.



PRU15 yang akan diadakan selewat-lewatnya menjelang 2023, akan menyaksikan pengundi belia menjadi blok utama.



Seramai 5.8 juta pengundi, termasuk 1.2 juta berumur antara 18 dan 20 tahun, akan keluar mengundi buat kali pertama berikutan pindaan perlembagaan "Undi18" (Undi18) 2019.



Asia Center berkata bahawa penembusan internet yang tinggi oleh belia menjadikan mereka lebih terdedah kepada sasaran penyelewengan politik.- Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >