Topic followed successfully
Go to BHkuKajian: Kos sara hidup di Malaysia terendah di Asean
Premium
Kajian: Kos sara hidup di Malaysia terendah di Asean
Apr 22, 2017 | 5:30 AM
Kajian: Kos sara hidup di Malaysia terendah di Asean

-
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelbagai program akan terus dirangka bagi memacu pendapatan dan mengurangkan harga barangan, meskipun Malaysia dinobat negara mempunyai kos sara hidup paling rendah di rantau Asean.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata kejayaan mencapai kos sara hidup paling rendah itu, yang ditunjukkan oleh kaji selidik 2017 kendalian Unit Perisikan Ekonomi, Britain, yang membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia, menunjukkan usaha kerajaan Malaysia selama ini akhirnya membuahkan hasil, lapor Berita Harian Online semalam.

