Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kalau awak tak mahu kerja, kami OK, kata bos Foodpanda M'sia

Oct 08, 2019 | 08:01 AM



Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia membayangkan mereka tiada masalah dengan mogok penunggang terhadap skim pembayaran baru mereka. Pengarah urusan syarikat itu, Encik Sayantan Das berkata penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada penghantar lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka. “Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi taklimat Foodpanda di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau ditanya mengenai mogok penunggang yang daftar masuk ke aplikasi Foodpanda namun tidak mahu menjalankan sebarang penghantaran makanan kepada pelanggan. Bermula 1 hingga 3 Oktober lalu, penghantar makanan Foodpanda berpakat mengadakan mogok besar-besaran sebagai bantahan mengenai skim baru yang berkuat kuasa sejak 30 September di sekitar luar Lembah Klang. Sayantan menjelaskan syarikat itu tidak terjejas dengan mogok itu. “Mogok itu dijalankan oleh kumpulan yang sangat kecil oleh penghantar kami. “Kami telah mengkaji dan memahami segmen penghantar, kurang dari satu peratus yang memulakan mogok,” katanya. Penghantar mendakwa, di bawah skim baru, kadang-kadang mereka terpaksa menunggu dua hingga tiga jam untuk mendapatkan pesanan justeru, pendapatan mereka berkurangan. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sesebuah syarikat korporat dapat dibangunkan dan dijatuhkan pekerjanya, ia juga boleh berlaku pada Foodpanda yang dibangunkan bersama pekerja dan pelanggan. “Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna, dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna. “Keangkuhan bukan penyelesaiannya,” katanya menerusi Twitternya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >