Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kamala gesa negara rantau ini tingkat tekanan ke atas China dalam lawatan ke Vietnam

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



HANOI: Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, semalam menggesa negara-negara di rantau ini untuk memberi lebih tekanan kepada China, meningkatkan kritikan beliau terhadap Beijing sepanjang lawatannya ke rantau ini.



Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan bersama presiden Vietnam, Encik Nguyen Xuan Phuc.



"Kita perlu mencari cara untuk memberi dan meningkatkan tekanan, ke atas Beijing agar mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Undang-Undang Laut, dan menentang sikap membulinya serta tuntutan maritimnya yang amat berlebihan," kata Cik Kamala pada pertemuan di Hanoi itu.



Beliau mengatakan Amerika ingin memperkukuh hubungannya dengan Vietnam menjadi satu kerjasama strategik, sambil menambah bahawa pentadbiran Biden sangat menyokong permintaan bekas seteru Amerika itu untuk mendapatkan kapal Pengawal Pantai Amerika yang ketiga.



Ucapan Cik Kamala semalam adalah kali kedua dalam dua hari beliau menyasarkan Beijing semasa lawatannya ke rantau ini.



Cik Kamala memulakan lawatan rasmi ke Vietnam semalam untuk menekankan komitmen Amerika terhadap rantau Asia.



Namun lawatan beliau ke negara itu, dan sebelum ini ke Singapura, terus dikaitkan dengan pengeluaran tentera Amerika secara tergesa-gesa di Afghanistan.



Cik Kamala dijadual bertemu dengan presiden dan perdana menteri Vietnam di Hanoi.



Kedatangannya tertangguh oleh apa yang disebut pegawai Amerika sebagai "insiden kesihatan yang tidak normal" di Hanoi - rujukan jelas pada apa yang disebut "sindrom Havana" yang telah menimpa diplomat Amerika di beberapa negara termasuk China dan Russia.



Keadaan kesihatan itu berkaitan dengan gejala seperti pening, mual, migrain dan kehilangan ingatan, dinamakan demikian kerana kali pertama dilaporkan oleh pegawai Amerika yang berpusat di kedutaan negara itu di Cuba pada 2016.



Lawatan kerja itu, yang pertama ke Vietnam oleh naib presiden Amerika, dilakukan setelah lawatan kerja dua hari ke Singapura, di mana Cik Kamala menyasarkan China dan berusaha meningkatkan kewibawaan Amerika setelah Taleban kembali berkuasa di Afghanistan.



Cik Kamala juga berusaha mengalihkan tumpuan kepada komitmen Washington terhadap Asia Tenggara sedang negara itu membuka cabang serantau Pusat Kawalan Penyakit Amerika (CDC) di Hanoi.



Amerika telah menyumbangkan lima juta dos vaksin Covid-19 kepada Vietnam.



Di Singapura sebelum ini, Cik Kamala menggunakan ucapannya untuk menuduh "Beijing terus memaksa, mendesak" dan membuat tuntutan terhadap sebahagian besar Laut China Selatan.



China telah membalas balik Cik Kamala, dengan mengatakan kejadian Afghanistan adalah contoh dasar luar negeri Amerika yang "mementingkan diri sendiri" dan menuduh Washington "membuli".



Cik Kamala adalah antara pemimpin atasan terbaru daripada pasukan Presiden Joe Biden yang mengunjungi rantau ini sedang Washington berusaha meyakinkan sekutunya akan kepentingan rantau ini.



Hubungan Amerika-China telah merosot dalam pelbagai isu.



Vietnam telah berusaha menempuh jalan sendiri antara kedua-dua negara kuasa besar itu dan kelmarin Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, bertemu duta besar China dan menekankan Hanoi tidak akan "berpihak kepada satu negara untuk menentang negara yang lain". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >