Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kamala Harris umum San Francisco sebagai tuan rumah sidang puncak Apec 2023

Nov 19, 2022 | 01:02 PM



BANGKOK: San Francisco akan menjadi lokasi sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada 2023, kata Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris pada Sabtu (19 November), lantas memberikan Amerika Syarikat peluang mencapai profil tinggi untuk mempamerkan visinya bagi masa depan rantau itu.



Sidang puncak Apec 2023 akan diadakan pada minggu 12 November di San Francisco, kata Cik Harris dalam satu kenyataan semasa menghadiri perhimpunan Apec 2022 di Bangkok.



Lokasi di tengah-tengah Lembah Silicon itu akan memberi peluang kepada pentadbiran Biden untuk menyerlahkan penguasaan teknologi Amerika pada masa saingan yang semakin sengit dengan China.



“Tahun kami kelak menjadi tuan rumah akan menunjukkan komitmen ekonomi Amerika Syarikat yang berkekalan terhadap Indo-Pasifik,” kata Cik Harris.



"Kami sedang berusaha untuk mengukuhkan hubungan ekonomi kami di seluruh rantau ini, termasuk dengan meningkatkan aliran perdagangan dua hala dan aliran bebas modal, yang menyokong jutaan pekerjaan di Amerika," tambahnya.



Cik Harris, anak jati Oakland yang sebelum ini mewakili California di Senat Amerika Syarikat dan berkhidmat sebagai peguam daerah San Francisco, berada di Thailand untuk mewakili Presiden Amerika, Encik Joe Biden, pada mesyuarat pemimpin Apec.



Amerika sedang berusaha untuk mengesahkan komitmennya kepada wilayah yang berkembang pesat ketika China mengembangkan pengaruh ekonomi dan kekuatan ketenteraannya.



Cik Harris bertemu sebentar dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, ketika pemimpin Asia Pasifik berhimpun untuk hari terakhir mesyuarat di Bangkok, hanya beberapa hari selepas Encik Biden mengadakan sidang puncak 'bertentang empat mata' pertamanya dengan Encik Xi di Bali, Indonesia. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >