Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kami hormati kemerdekaan negara bekas Soviet: China

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: China menyatakan bahawa ia menghormati "status negara berdaulat" semua negara bekas Soviet Union, setelah duta besar Beijing ke Perancis menimbulkan kemarahan di Eropah dengan mempersoal kedaulatan negara-negara tersebut.



"China menghormati status negara berdaulat republik-republik setelah pembubaran Soviet Union," kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar China, Cik Mao Ning.



Kenyataan beliau itu dibuat beberapa hari selepas Duta Besar China, Encik Lu Shaye, memberitahu rangkaian berita Perancis LCI bahawa bekas negara Soviet Union tidak mempunyai status berdaulat sebagai negara merdeka.



Kenyataan itu mengabaikan sempadan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan menimbulkan kemarahan Estonia, Latvia, Lithuania dan negara lain di Eropah.



Ketiga-tiga negara itu berkata mereka akan memanggil diplomat China di ibu negara mereka untuk menjelaskan kenyataan tersebut.



Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah, Encik Josep Borrell, menyelar komen itu sebagai "tidak boleh diterima".



Kedutaan China di Perancis menyiarkan transkrip wawancara itu di akaun WeChat rasminya pada pagi Isnin, tetapi memadamkannya pada tengah hari.



Cik Mao berkata China telah membangunkan "hubungan dua hala yang mesra dan bekerjasama" dengan negara-negara bekas Soviet Union sejak menjalin hubungan diplomatik dengan mereka.



Beliau menambah bahawa beberapa media telah "menyalahgunakan" pendirian China mengenai Ukraine, tetapi beliau tidak menamakan sembarang negara secara khusus.



Cik Mao berkata China menyokong Encik Lu. Kenyataan Encik Lu kelihatan bercanggah dengan pendirian rasmi China, yang mengiktiraf kemerdekaan negara-negara Baltik pada 1991.



Presiden Xi Jinping juga telah mengesahkan status mereka dengan menulis sebelum lawatan ke Kazakhstan pada 2022 bahawa kedua-dua negara menyokong "kedaulatan masing-masing".



Beliau juga ditukil sebagai mengesahkan "kemerdekaan" Uzbekistan dalam kenyataan lain.



Kontroversi kenyatan Encik Lu itu mengancam akan menjejaskan usaha Beijing hendak dilihat sebagai pendamai bagi perang Rusia di Ukraine, terutamanya memandangkan betapa China telah menggembar-gemburkan hubungannya dengan Moscow.



Encik Xi nampaknya telah melangkah memasuki usaha damai. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >