Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak 4 tahun diselamatkan dari runtuhan bangunan 91 jam selepas gempa landa Turkey

Nov 3, 2020 | 5:59 PM
Usaha mencari dan menyelamat di runtuhan lima bangunan yang telah roboh sedang dilaksanakan sepanjang masa. - FOTO: AFP
Usaha mencari dan menyelamat di runtuhan lima bangunan yang telah roboh sedang dilaksanakan sepanjang masa. - FOTO: AFP -

ISTANBUL: Pegawai penyelamat Turkey pada Selasa (3 Nov) telah berjaya menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak daripada serpihan sebuah bangunan yang runtuh, sehari selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berjaya diselamatkan daripada sebuah bangunan yang telah roboh, lapor media tempatan.

Rakaman secara langsung daripada NTV menunjukkan pegawai penyelamat tersebut menarik keluar perempuan berusia empat tahun itu daripada serpihan bangunan itu, 91 jam selepas wilayah barat Turkey, Izmir, dilanda gempa bumi.

Seorang pegawai memberitahu NTV bahawa kumpulannya menemui perempuan itu masih hidup di dapur kediamannya.

"Kami telah menyaksikan keajaiban pada jam ke-91 ini," kata datuk bandar Izmir, Encik Tunc Soyer, dalam satu kiriman di Twitter.

"Sedang kami merasakan keperitan, kami juga menikmati kebahagian ini juga," tambah beliau.

Pada Isnin (2 Nov), seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berjaya diselamatkan daripada sebuah bangunan yang telah roboh, hampir tiga hari selepas gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter berlaku di Laut Aegean di luar daerah Seferihisar, Izmir Jumaat lalu. - XINHUA, AFP, REUTERS,

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg