Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak antara sekurang-kurangnya 38 yang terbunuh dalam serangan senjata api di pusat jagaan Thailand

Oct 06, 2022 | 05:13 PM



BANGKOK: Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh pada Khamis (6 Okt) dalam satu kejadian tembakan besar-besaran di satu pusat jagaan kanak-kanak di wilayah timur laut Thailand, kata jurucakap polis.


Mangsa termasuk orang dewasa dan sekurang-kurangnya 22 kanak-kanak, umum polis tempatan, sambil menambah bahawa lelaki bersenjata itu adalah bekas pegawai polis.


Jurucakap polis negara, Encik Achayon Kraithong, berkata kejadian itu berlaku di wilayah Nong Bua Lam Phu.


Polis mengenal pasti penyerang sebagai Panya Kamrab, bekas anggota pasukan polis yang dipecat daripada jawatannya tahun lalu atas dakwaan dadah.


Dia menghadapi perbicaraan atas tuduhan dadah dan telah berada di mahkamah beberapa jam sebelum serangan tembakan, kata polis.


Kolonel polis Jakkapat Vijitraithaya dari wilayah itu berkata selepas melakukan serangan di pusat jagaan kanak-kanak itu, lelaki bersenjata itu kemudian pulang ke rumah dan membunuh isteri dan anaknya serta membunuh dirinya sendiri.


Beliau penyerang itu dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Sekurang-kurangnya 12 orang yang lain cedera, kata polis.


Kadar pemilikan senjata api di Thailand adalah tinggi berbanding beberapa negara lain di rantau ini namun angka rasmi tidak termasuk sejumlah besar senjata terlarang, kebanyakannya dibawa masuk merentasi sempadan dari negara-negara jiran yang berlaku kekecohan.


Tembakan besar-besaran jarang berlaku di Thailand tetapi pada 2020, seorang askar yang marah berkaitan satu perjanjian hartanah telah menembak mati sekurang-kurangnya 29 orang dan mencederakan 57 lain di empat tempat berlainan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >