Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak berusia dua tahun secara tidak sengaja tembak dan bunuh bapa di Florida

Jun 07, 2022 | 10:19 PM



MIAMI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menembak dan membunuh ayahnya dengan tidak sengaja di Florida selepas ibu bapanya meninggalkan pistol yang berisi peluru tanpa diawasi. 



Demikian menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin (6 Jun).



Setibanya polis di rumah mangsa berhampiran Orlando, dimaklumkan melalui panggilan 911, pada 26 Mei, mereka mendapati ibu kanak-kanak itu, Marie Ayala, sedang melakukan CPR ke atas suaminya, Reggie Mabry.



Penguat kuasa undang-undang pada awalnya yakin lelaki berusia 26 tahun itu, yang meninggal dunia sejurus selepas dibawa ke hospital, menembak dirinya sendiri.



Namun, anak sulung daripada tiga anak pasangan berkenaan kemudian memberitahu para penyiasat bahawa picu itu ditarik oleh adiknya yang berusia dua tahun, dedah Sheriff Daerah Orange John Mina di sidang akhbar.



Pistol itu diletakkan dalam beg yang ditinggalkan di atas lantai dan budak kecil itu menjumpai pistol tersebut dan menembak bapanya di bahagian belakang semasa beliau sedang bermain permainan video di komputer, menurut dokumen mahkamah.



Kelima-lima anggota keluarga itu, termasuk seroang bayi berusia lima bulan, berada di bilik yang sama ketika insiden berlaku.



Kedua-dua ibu bapa berkenaan diberi parol pada waktu itu selepas kesalahan-kesalahan berulang bagi pengabaian anak dan penyalahgunaan dadah, menurut sheriff itu.



"Pemilik senjata api yang tidak menjaga senjata api mereka dengan betul boleh berlaku tragedi di rumah mereka dengan hanya sekelip mata.



"Kini, anak-anak kecil ini telah kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka. Bapa mereka sudah mati, ibu mereka di penjara, dan seorang anak kecil terpaksa menjalani kehidupannya dengan mengetahui bahawa beliau menembak bapanya," kata Sheriff Mina.



Tragedi sedemikian bukanlah satu insiden yang jarang-jarang berlaku di Amerika Syarikat.



Pada Ogos 2021, seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun menjumpai pistol yang ditinggalkan di dalam sebuah beg galas Paw Patrol. Dia menembak mati ibunya di kepala semasa beliau sedang mengambil bahagian dalam sidang video.



Insiden terbaru ini juga berlaku sedang perbahasan berhubung undang-undang pistol kian hangat di negara itu selepas beberapa serangan tembak maut secara besar-besaran yang dilancarkan di pasar raya, hospital dan sekolah rendah, antara lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >