Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak harus pakai pelitup

May 26, 2020 | 2:30 PM
KESELAMATAN BAYI: Cik Mika Chiba dan bayinya yang memakai pelindung muka sebagai melindungi diri dari jangkitan koronavirus, dilihat di hospital bersalin Wise Ladies' Clinic di Satte, Jepun. Gambar dirakamkan pada 12 Mei lalu.
KESELAMATAN BAYI: Cik Mika Chiba dan bayinya yang memakai pelindung muka sebagai melindungi diri dari jangkitan koronavirus, dilihat di hospital bersalin Wise Ladies' Clinic di Satte, Jepun. Gambar dirakamkan pada 12 Mei lalu. - - Foto: REUTERS

TOKYO: Kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak boleh memakai pelitup kerana ini akan membuat pernafasan menjadi sukar dan meningkatkan risiko tersedak, kata sebuah kumpulan perubatan Jepun, lapor laman The Guardian hari ini.

Pertubuhan itu segera mendesak ibu bapa bayi agar tidak memakaikan pelitup ke atas anak kecil mereka, sedang negara itu mula membuka semula aktivitinya setelah penularan koronavirus menunjukkan tanda reda.

Persatuan Pediatrik Jepun telah memberi amaran kepada ibu bapa bahawa pelitup terlalu berisiko untuk bayi.

"Pelitup dapat membuat pernafasan menjadi sukar kerana bayi mempunyai saluran udara yang sempit," dan ini meningkatkan beban di hati mereka, kata persatuan itu, sambil menambah pelitup juga meningkatkan risiko selaran matahari (heat stroke) ke atas mereka.

"Mari kita hentikan penggunaan pelitup untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun," kata persatuan itu dalam notis di lamannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg