Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Dunia

Kanak-kanak jadi sasaran iklan produk bahaya dalam talian: kajian PBB

Feb 19, 2020 | 10:01 AM

GENEVA: Kanak-kanak dan remaja kini dihujani dengan iklan di media sosial mempromosikan produk berbahaya termasuk makanan segara, rokok dan minuman keras, menurut laporan yang disokong Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (19 Februari).

Laporan itu turut menggesa agar langkah pengawalan diambil untuk mengatasi isu ini.

Pengiklan juga menjual data mengenai kanak-kanak yang diperolehi daripada permainan elektronik kepada syarikat raksasa teknologi sejagat, kata ketua penulis laporan Encik Anthony Costello.

“Kanak-kanak mempunyai hak untuk tidak dihujani dengan iklan di telefon bimbit mereka atau data mereka dicuri setiap hari,” kata Encik Costello, seorang pakar kesihatan dan kemampanan sejagat di Universiti Kolej London. 

“Pengiklanan berbahaya sejagat menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran, terutama sekali mengenai perkara yang akan menjejas pembangunan dan kesihatan mereka - perkara seperti menggalak pengambilan gula, makanan segera, rokok, minuman keras, permainan video dan berjudi,” kata Encik Costello dalam satu taklimat akhbar.

Laporan berjudul “Masa Depan bagi Kanak-Kanak Dunia?” itu turut mengenal pasti perubahan iklim sebagai ancaman yang pasti akan dihadapi orang muda.

Laporan tersebut telah diterbitkan oleh sebuah suruhanjaya merangkumi lebih 40 pakar, yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Unicef dan jurnal perubatan The Lancet. - Reuters.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian