Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak lelaki lapan tahun maut selepas ditolak ke landasan, dilanggar dan digilis kereta api di Frankfurt

Kanak-kanak itu ditolak oleh lelaki dari Eritrea. Ibunya turut ditolak, tetapi berjaya selamatkan diri.
Jul 30, 2019 | 02:38 PM



 



 



FRANKFURT: Seorang lelaki dari Eritrea berusia 40 tahun, semalam, telah menolak seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ke landasan kereta api di stesen kereta api utama Frankfurt, Jerman, membunuh kanak-kanak itu, kata polis.



Lelaki itu turut menolak ibu kanak-kanak lelaki itu, tetapi ibu itu terselamat.



Jurucakap polis berkata ia tidak tahu tentang sebarang hubungan antara lelaki itu dengan mangsanya. Motif lelaki itu juga belum jelas.



Menurut laporan saksi, lelaki itu menolak kanak-kanak lelaki itu dan ibunya sejurus sebelum kereta api kelajuan tinggi (ICE) itu tiba di stesen.



“Ibunya… berjaya menyelamatkan diri sendiri,” kata jurucakap polis Isabell Neumann. 



“Malangnya, kanak-kanak lelaki itu dilanggar dan digilis ICE dan mengalami kecederaan yang membawa maut,” tamba belieu.



“Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi dikejar dan ditangkap oleh penumpang lain berhampiran stesen kereta api.



Menurut Neumann, suspek sedang disoal siasat, sementara ibu kanak-kanak lelaki itu dihantar ke hospital dan akan disoal siasat.



Mengulas tentang insiden itu di Twitter, polis Frankfurt berkata suspek seorang warga Eritrea.



Selepas insiden itu, beberapa platform kereta api di tutup di stesen Frankfurt.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >