Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak pelarian Rohingya dinafikan pendidikan: Human Rights Watch

Dec 03, 2019 | 03:12 PM



YANGON: Bangladesh mengekang ratusan ribu kanak-kanak Rohingya dari mendapatkan pendidikan bermanfaat, kata badan pejuang hak kemanusiaan, Human Rights Watch.



Ia turut menggesa pihak berkuasa menghapuskan sekatan ke atas persekolahan di kem-kem pelarian.



Dalam laporan yang diterbitkan, Human Rights Watch menuduh Bangladesh melanggar hak 400,000 pelajar yang telah melarikan diri dari Myanmar dan kini menetap di kem pelarian di Cox's Bazaar.



"Menghalang seluruh generasi kanak-kanak dari pendidikan bukanlah dalam kepentingan sesiapa pun," kata timbalan pengarah hak kanak-kanak badan tersebut, Encik Bill Van Esveld.



"Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dan menyeru agar Bangladesh dan Myanmar mengubah hala tuju."



Laporan Human Rights Watch itu mengulas bahawa Bangladesh tidak membenarkan pelarian Rohingya mendaftar bagi sekolah-sekolah di luar kem atau menduduki peperiksaan nasional, serta tidak mengizinkan agensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan luar negara memberi pendidikan rasmi kepada mereka.



Namun, Ketua Pelarian, Pelepasan dan Pemulangan Bangladesh, Encik Mahbub Alam Talukder, berkata adalah tidak benar untuk mengatakan kanak-kanak dalam kem tersebut tidak diberi pendidikan.



Beliau menambah terdapat 4,000 pusat pembelajaran dalam kem-kem tersebut. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >