Kanak-kanak perempuan nikah lelaki 41 tahun dihantar pulang ke Thailand

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak perempuan nikah lelaki 41 tahun dihantar pulang ke Thailand

Aug 10, 2018 | 4:09 PM

Kanak-kanak perempuan nikah lelaki 41 tahun dihantar pulang ke Thailand

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
FOTO: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
FOTO: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK -

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun yang bernikah dengan seorang lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun dihantar pulang ke Thailand dan kini berada di wilayah selatan Narathiwat, menurut sumber di Thailand.

Sumber itu, yang merupakan aktivis sosial, berkata kerajaan negeri Kelantan menghantarnya pulang pada Rabu (8 Ogos).

Pihak berkuasa Thailand menerimanya dan kini dia berada di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Kementerian Keselamatan Kemanusiaan. "Kementerian itu sepatutnya melindungi gadis itu supaya beliau dapat menjalani pemulihan. Memang wajar kerajaan Thailand membawa pulang gadis itu, tetapi mereka perlu mempunyai rancangan jangka panjang. Keluarga gadis itu miskin dan tiada siapa yang akan menjaga mereka," menurut aktivis itu.

Walaupun kementerian itu akan melindunginya, beliau berkata bahawa masih ada kebimbangan tentang badan-badan agama yang mungkin mengancam kementerian untuk membiarkan dia tetap bersama lelaki itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg