Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak tidur di tempat terbuka sedang penyelamat terus cari mangsa

Oct 04, 2018 | 03:23 PM



PALU: Ramai kanak-kanak terpisah daripada keluarga mereka dan masih terperanjat serta trauma menyusuli gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia, kata pekerja bantuan hari ini (4 Oktober).



Lebih 1,400 orang telah disahkan meninggal dunia manakala lebih 2,500 orang pula cedera selepas gempa bumi dan ombak tsunami melanda pulau Sulawesi itu.



Bencana alam itu telah memusnahkan banyak bangunan di bandar Palu namun dengan rangkaian pengangkutan terjejas teruk, pekerja kemanusiaan mengambil masa agak lama untuk menghantar bekalan bantuan.



Akibatnya, penduduk tempatan mula mencuri barang keperluan.



Sementara penyelamat terus mencari mangsa yang masih hilang dan usaha dijalankan bagi memenuhi keperluan mangsa, ramai kanak-kanak yang terpisah daripada keluarga mereka atau kini menjadi yatim piatu pula dilihat tidur di tepi jalan.



Badan Save the Children berkata pihak berkuasa perlu segera mengenal pasti kanak-kanak ini dan satukan mereka semula dengan keluarga masing-masing.



“Susah untuk bayangkan keadaan yang lebih menakutkan bagi seorang kanak-kanak.



“Ramai kanak-kanak masih terkejut dan trauma, sendirian dan takut. Anak kecil mencari keluarga mereka ini baru saja menyaksikan dan melalui satu pengalaman ngeri yang tidak sepatutnya dilalui kanak-kanak sebaya mereka,” kata penasihat perlindungan kanak-kanak badan itu, Encik Zubedy Koteng. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >