Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kandungan Internet bahaya: Sunak akur ketua firma teknologi dikena hukuman lebih berat

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, bersedia menerima tuntutan pemberontak parti yang mahu pengarah di firma teknologi utama dikenakan hukuman lebih berat jika mereka gagal melindungi kanak-kanak daripada kandungan dalam talian yang berbahaya, sedang beliau berusaha mengelak kekalahan besar di Parlimen, menurut dua orang yang biasa dengan rancangan kerajaan itu.



Kesediaan Encik Sunak itu berikutan pemberontakan yang dirancang dari dalam Parti Konservatif yang dipimpinnya, dengan kira-kira 50 ahli parlimen Tory menyokong pindaan yang direka untuk memperkukuh Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian.



Encik Sunak, yang menyatakan pendirian kepada pengundi Britain mahu meningkatkan pelaburan di negara itu, berhasrat membataskan sekatan jenayah kepada eksekutif yang enggan bekerjasama dengan permintaan maklumat atau penyiasatan daripada pengawal selia media Ofcom.



Pemberontak dalam kalangan Tory, yang mendapat sokongan daripada Parti Buruh pembangkang, menuntut hukuman penjara dua tahun bagi pengarah yang melanggar kewajipan undang-undang mereka untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan yang mempromosikan penderaan, bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.



Kerajaan Britain akan memberi petunjuk awal mengenai peralihan pendekatan apabila rang undang-undang itu dibahaskan semalam tetapi tidak mungkin menetapkan hukuman secara terperinci.



Ini sehinggalah apabila undang-undang itu sampai ke Dewan Negara, kata salah seorang pegawai, sambil menambah bahawa langkah baharu berkemungkinan besar hanya terpakai apabila bos dengan sengaja memilih untuk mengabaikan tindakan penguatkuasaan oleh pengawal selia.



Jurucakap Setiausaha Kebudayaan, Cik Michelle Donelan, enggan mengulas. Menteri muda, Encik Paul Scully, dijangka membentangkan rancangan kerajaan semalam.



Perundangan itu menetapkan kuasa baharu yang akan membenarkan Ofcom mendenda atau menyekat syarikat teknologi jika mereka tidak mematuhi peraturan baru yang bertujuan untuk melindungi orang dalam talian.



Ini termasuk seperti menjadi lebih telus tentang penilaian risiko, menguatkuasakan terma dan syarat mereka sendiri dan mematuhi had umur dan semakan.



Rang undang-undang itu - dalam pembangunan selama hampir enam tahun, di bawah tujuh setiausaha negara Konservatif - bertujuan untuk membendung bahaya pada mana-mana tapak atau aplikasi yang membolehkan pengguna berinteraksi, daripada media sosial ke enjin carian. Penilaian impak oleh kerajaan tahun lepas menganggarkan ia akan digunakan untuk lebih daripada 25,000 perkhidmatan.



Encik Sunak telah berundur beberapa kali sejak memegang jawatan pada Oktober, dalam menghadapi beberapa kemungkinan pemberontakan mengenai pembaharuan perancangan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >