Topic followed successfully
Go to BHkuKapal angkasa China darat di bulan
Premium
Kapal angkasa China darat di bulan
Jan 4, 2019 | 5:30 AM
Kapal angkasa China darat di bulan
CIPTA SEJARAH: Inilah gambaran artis mengenai pesawat angkasa China, Chang'e-4 yang mendarat di bulan dikeluarkan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China. - Foto EPA-EFE -
BEIJING: China mencatat mercu tanda dalam penerokaan angkasa semalam apabila sebuah kenderaan angkasanya mendarat di dataran jauh di bulan buat pertama kali dalam sejarah, media negara itu mengumumkan.
Pendaratan kenderaan itu, yang disebut Chang'e-4 sempena nama dewi bulan dalam mitos Cina, merupakan antara siri misi yang akan menggariskan cita-cita negara itu menyertai - dan malah menerajui - perlumbaan angkasa.
