Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal angkasa UAE kirim gambar pertama planet Marikh

uae
Feb 16, 2021 | 05:30 AM



DUBAI: Kapal angkasa Amiriah Arab Bersatu (UAE) bernama 'Al-Amal' dalam bahasa Arab, juga bermakna Harapan, mengirim gambar pertama planet Marikh, umum agensi angkasa negara itu kelmarin, beberapa hari setelah kapal angkasa itu berjaya memasuki orbit planet itu.



Gambar itu "menunjukkan gunung berapi terbesar di sistem solar, Olympus Mons, muncul di bawah sinar matahari pagi", kata agensi itu lagi dalam satu kenyataan.



Gambar itu diambil dari ketinggian 24,700km di atas permukaan Marikh pada Rabu lalu, sehari setelah kapal angkasa itu memasuki orbit planet itu, tambahnya.



Perdana menteri UAE dan penguasa Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, berkongsi gambar berwarna itu di Twitter.



"Gambar pertama Marikh yang diambil oleh penyelidikan Arab pertama dalam sejarah," tulisnya.



Misi itu dirancang untuk mengungkap rahsia cuaca planet Marikh, walaupun UAE juga mahu ia bertindak sebagai inspirasi bagi belia di rantau Asia Barat itu.



Kapal angkasa Al-Amal menjadi yang pertama daripada tiga kapal angkasa yang tiba di planet merah itu selepas China dan Amerika Syarikat juga melancarkan misi pada Julai, memanfaatkan masa ketika Bumi dan Marikh berada paling dekat.



Usaha UAE juga dibuat sebagai memperingati ulang tahun ke-50 penyatuan tujuh negeri emirat.



Al-Amal akan mengelilingi Marikh sekurang-kurangnya satu tahun Marikh, atau 687 hari, menggunakan tiga instrumen saintifik untuk memantau atmosfera planet itu.



Ia diharap dapat mula mengirimkan lebih banyak maklumat kembali ke Bumi pada September 2021, dengan data yang tersedia supaya dapat dipelajari para saintis di seluruh dunia.



Kapal angkasa tersebut dilancarkan di Jepun tahun lalu, antara usaha di bawah program ruang angkasa UAE.



Misi angkasa itu adalah bukti kesungguhan negara yang kaya minyak itu untuk meneruskan kegemilangan Asia Barat dalam pencapaian budaya dan ilmiah.



Negara itu memiliki 12 satelit di orbit Bumi serta merancang untuk melancarkan beberapa lagi pada tahun berikutnya.



Cita-cita UAE melangkah lebih jauh - mereka berhasrat membina petempatan manusia di Marikh menjelang 2117.



Negara itu juga mempunyai rancangan untuk melancarkan rover tanpa pemandu ke bulan menjelang 2024 dan juga mengawasi projek perlombongan masa depan di luar Bumi serta pelancongan angkasa.



Ia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pelancongan ruang angkasa milik Encik Richard Branson, Virgin Galactic.



UAE juga mengumumkan pembentukan 'mahkamah angkasa' untuk menyelesaikan pertikaian komersial berkaitan industri angkasa. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >