Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal China ditahan, bawa peluru meriam usang Perang Dunia Ke-2

May 30, 2023 | 5:40 PM
KAPAL CHINA DITAHAN: Foto kiriman Penguasa Penguatkuasa Maritim Malaysia (MMEA) menunjukkan sebuah kapal China yang ditahan di perairan dekat Johor, disyaki mengangkut peluru meriam yang dipunggah dari kapal perang Britain yang karam semasa Perang Dunia Kedua.
KAPAL CHINA DITAHAN: Foto kiriman Penguasa Penguatkuasa Maritim Malaysia (MMEA) menunjukkan sebuah kapal China yang ditahan di perairan dekat Johor, disyaki mengangkut peluru meriam yang dipunggah dari kapal perang Britain yang karam semasa Perang Dunia Kedua. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Penguasa maritim Malaysia, pada Isnin lalu, menahan sebuah kapal punggah China, yang mengangkut peluru-peluru meriam usang, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua, yang berlabuh di perairan negara itu tanpa izin.

Kapal itu dikesan berikutan laporan-laporan pada bulan Mei ini bahawa sebuah kapal korek pengangkut dipercayai menyasarkan dua buah kapal Britain Perang Dunia Kedua yang karam, di sekitar perairan Malaysia - HMS Prince of Wales dan HMS Repulse.

Kedua-dua kapal itu karam dibedil peluru torpedo Jepun pada 1941, tiga hari selepas menyerang Pearl Harbour di Hawaii.

Ekoran laporan mengenai aktiviti haram itu, Muzium Nasional Britain Angkatan Laut Diraja pada minggu lalu mengatakan “kesal terhadap kegiatan penjarahan mencari untung” itu dari kedua-dua kapal karam tersebut.

Kementerian pertahanan mengutuk perbuatan “tidak benar” itu ke atas bangkai maritim tentera, menurut laporan BBC pada Sabtu lalu.

Kapal berkenaan yang berdaftar di Fuzhou, China, membawa 32 orang anak kapal, gagal menunjukkan permit kebenaran berlabuh semasa pemeriksaan rutin di perairan Malaysia di Johor pada Ahad lalu, kata  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA).

Pihak berkuasa menemui timbunan besi-besi buruk dan peluru-peluru meriam di atas kapal itu apabila melakukan pemeriksaan lanjut.

Peluru-peluru bekas itu mungkin ada kaitannya dengan satu penemuan berasingan oleh polis di jeti Johor pada minggu lalu, di mana sejumlah peluru yang belum diletupkan, dipercayai peninggalan tentera pada zaman Perang Dunia Kedua.

Pihak berkuasa percaya barang-barang yang ditemui itu mungkin hasil pencarian dari kapal HMS Prince of Wales, kata MMEA, sambil menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia dan beberapa agensi lain untuk mengenal pasti peluru-peluru yang ditemui itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg