SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bawa harapan dan rawatan untuk si miskin sedunia

Premium

Bawa harapan dan rawatan untuk si miskin sedunia

Dianggarkan satu bilion penduduk dunia tidak mempunyai keupayaan mendapat penjagaan asas kesihatan. Mereka berhadapan dengan penyakit dan kecederaan yang boleh dicegah serta dirawat. Penyakit dan kecederaan yang diabaikan boleh membawa padah, malah sakit gigi yang tidak dirawat pon boleh mengancam nyawa. Kapal hospital terbesar di dunia bukan pemerintah, Africa Mercy, telah lebih 38 tahun belayar membawa harapan dan memberi rawatan, keperluan asas kesihatan dan bimbingan kepada fakir miskin di negara termiskin di serata dunia. BERITA MINGGU dengan kerjasama pentadbiran Mercy Ships membawa cerita-cerita harapan itu.
Aug 21, 2016 | 5:30 AM

Bawa harapan dan rawatan untuk si miskin sedunia

PENGASAS DAN PRESIDEN MERCY SHIP: Encik Don Stephens, 71 tahun, melawat Fifalina, sembilan tahun, anak kecil bersaiz kerdil daripada Madagascar yang menjadi inspirasi kepada kru Mercy. Kaki anak kecil itu mula melengkung ketika berusia dua dan menjadi lebih buruk setelah dia membesar. Fifalina mendapat pembedahan ortopedik dan pembetulan percuma di Africa Mercy. Gadis kecil itu berharap dapat kembali ke sekolah lagi setelah berbulan-bulan kakinya dibalut 'casts' dan menjalani fisioterapi. - Foto-foto MERCY SHIPS / RUBEN PLOMP
PENGASAS DAN PRESIDEN MERCY SHIP: Encik Don Stephens, 71 tahun, melawat Fifalina, sembilan tahun, anak kecil bersaiz kerdil daripada Madagascar yang menjadi inspirasi kepada kru Mercy. Kaki anak kecil itu mula melengkung ketika berusia dua dan menjadi lebih buruk setelah dia membesar. Fifalina mendapat pembedahan ortopedik dan pembetulan percuma di Africa Mercy. Gadis kecil itu berharap dapat kembali ke sekolah lagi setelah berbulan-bulan kakinya dibalut 'casts' dan menjalani fisioterapi. - Foto-foto MERCY SHIPS / RUBEN PLOMP -

TERSELAMAT daripada kemusnahan taufan tropika dan menyaksikan kesan penderitaan ditinggalkan oleh keganasan taufan itu mencetus azam bagi Encik Don Stephens mahu menubuhkan sebuah kapal hospital.

Pada 1964, Encik Stephens, 19 tahun, telah melawat Bahamas sebagai sebahagian daripada kumpulan belia apabila taufan Cleo melanda rantau itu. Kumpulan belia Encik Stephens terselamat kerana berlindung di sebuah hangar kapal terbang, tetapi kumpulan lain tidak begitu bernasib baik. Taufan Cleo meragut ramai nyawa dan memusnahkan ratusan rumah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg