Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal kargo yang terbakar kini hampir karam di pelabuhan Colombo

Jun 5, 2021 | 5:30 AM
CEMAR LAUT: Kepulan asap akibat kebakaran atas kapal MV X-Press Pearl yang tenggelam ke laut dalam berdekatan Pelabuhan Colombo, Sri Lanka, 2 Jun lalu. - Foto TENTERA UDARA SRI LANKA/REUTERS
CEMAR LAUT: Kepulan asap akibat kebakaran atas kapal MV X-Press Pearl yang tenggelam ke laut dalam berdekatan Pelabuhan Colombo, Sri Lanka, 2 Jun lalu. - Foto TENTERA UDARA SRI LANKA/REUTERS -

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka kini bersiap sedia menghadapi bencana lebih buruk selepas kapal kargo yang terbakar kini hampir karam di pelabuhan utama Colombo.

Lembaga Perlindungan Persekitaran Laut kini menyediakan bahan penakung minyak, pelampung penyekat dan alat penyejat jika berlaku kebocoran dari MV X-Press Pearl, yang masih mempunyai hampir 350 tan minyak dalam tangkinya.

Kapal itu terbakar selama 14 hari di pantai barat pulau itu, menyebabkan bencana alam di laut yang terburuk di negara itu, yang mencemarkan kawasan pantai dengan sejumlah besar sisa plastik.

Jurucakap Angkatan Laut Sri Lanka, Indika de Silva, berkata kapal itu kini makin tenggelam dan pegawai penyelamat bimbang akan berlaku krisis ekologi yang lebih buruk jika minyak kapal itu bocor serta mencemari Lautan Hindi.

"Belum ada kebocoran minyak dari kapal, namun kita sudah membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku tumpahan yang akan menyebabkan senario lebih terburuk.

"Angkatan Laut Sri Lanka meminta bantuan tambahan dan kini sebuah kapal pengawal pantai India berada di daerah itu membawa peralatan untuk mengatasi tumpahan minyak dan menyekatnya dari sampai ke pantai," katanya.

Pengendali MV X-Press Pearl dari Singapura memaklumkan, kapal itu akan terus tenggelam secara perlahan-lahan selepas pelbagai usaha menundanya ke tempat lebih jauh dari kawasan pantai semalam gagal.

"Kapal pengiring X-Press... dapat mengesahkan bahawa bahagian belakang kapal berada di dasar laut pada kedalaman kira-kira 21 meter dan bahagian depan akan tenggelam perlahan-lahan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, kelmarin. - BHM, AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg