Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal kontena berdaftar di S'pura bertembung dengan kapal Bahamas di perairan Vietnam

Feb 12, 2023 | 06:37 PM



SEBUAH kapal kontena yang berdaftar di Singapura berlanggar dengan kapal dari Kepulauan Bahamas pada pagi Sabtu (11 Februari) ketika belayar di sepanjang sungai Long Tau di Ho Chi Minh City, Vietnam.



Kapal Singapura, Wan Hai 288, sedang belayar menuju ke sebuah pelabuhan di Ho Chi Minh City apabila ia bertembung dengan kapal Bahamas, Resurgence, yang menuju ke arah bertentangan, menurut laporan akhbar Vietnam VnExpress.



Jurucakap Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengesahkan kejadian itu berlaku sekitar5.40 pagi (waktu Singapura) pada Sabtu.



“Tiada laporan mengenai kecederaan atau pencemaran,” kata jurucakap itu kepada akhbar The Straits Times.



“Kedua-dua kapal berada dalam keadaan stabil. Wan Hai 288 kini selamat berlabuh di pelampung Lan Tau No 6.”



MPA sedang berhubung dengan syarikat itu dan akan menyiasat kejadian tersebut.



Menurut laman web penjejak kapal FleetMon, haluan – atau bahagian hadapan – Resurgence telah melanggar Wan Hai 288 di kawasan dek kargo, yang menyebabkan kapal Singapura itu tersangkut di tebing sungai berhampiran.



Ketika kejadian berlaku, pesawat Wan Hai 288 membawa sekitar 1,400 kontena, manakala Resurgence membawa kira-kira 600 kontena.



Jurucakap pentadbiran kelautan Ho Chi Minh City berkata Resurgence telah dipindahkan ke Pelabuhan Cat Lai di bandar itu.



Menurut laman web pengesan kapal MarineTraffic, Wan Hai 288 telah dibina pada 2021 dan milik syarikat perkapalan Taiwan, Wan Hai Lines, yang mempunyai beberapa pejabat di seluruh dunia.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >