Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal kontena Ever Given berjaya diapungkan semula

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



KAHIRAH: Sebahagian kapal kontena besar yang tersadai di Terusan Suez telah berjaya diapungkan semula semalam, langkah pertama dalam usaha menyambung pengangkutan perdagangan menerusi laluan yang dianggap antara terpenting di dunia.



Ini hasil percubaan baru untuk membebaskan kapal itu yang melibatkan 10 kapal tunda, menurut Penguasa Terusan Suez di Mesir.



Pasukan penyelamat telah menggunakan jentera penggali dan kapal-kapal tersebut untuk mengeluarkan haluan kapal sekurang-kurangnya 5 meter yang terperangkap.



Namun, pihak berkuasa di Mesir masih belum memberikan jawapan mengenai bila laluan di terusan itu boleh dibuka semula.



Kapal tersebut telah mengalami kerosakan dan masih belum diketahui bila ia boleh dipindahkan untuk membenarkan kapal lain menggunakan laluan tersebut.



Ever Given, yang berukuran lebih panjang daripada jarak antara tebing terusan itu telah tersadai di sana sejak Selasa lalu, menyebabkan ratusan kapal terkandas dan menjejas rantaian bekalan dunia.



Laluan lain bagi kapal dari Eropah dan Timur Tengah untuk ke Asia adalah melalui Cape of Good Hope. Namun perjalanan tersebut mengambil masa antara satu dengan dua minggu lebih lama.



Minggu lalu, Menteri Pengangkutan Encik Ong Ye Kung berkata bekalan ke Singapura dan rantau ini boleh terjejas buat sementara akibat insiden itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >