Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal pemusnah AS jalani misi hak pelayaran di Laut China Selatan

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



BEIJING/TOKYO/TAIPEI: Tentera Laut Amerika Syarikat berkata kapal pemusnah peluru berpandunya USS Milius, menjalankan misi hak pelayaran dan kebebasan di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Spratly pada Isnin.



Pengumuman itu dibuat sedang tentera China mengadakan simulasi serangan tepat terhadap Taiwan dalam latihan ketenteraan di sekitar pulau tersebut di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara China dengan Amerika di rantau tersebut.



China mengumumkan latihan tiga hari itu pada Sabtu, selepas Presiden Taiwan Tsai Ing-wen kembali ke Taipei menyusuli pertemuan di Los Angeles dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Kevin McCarthy.



China menuntut Taiwan, yang ditadbir secara demokrasi, sebagai wilayahnya sendiri dan tidak pernah menidakkan penggunaan kekerasan untuk meletakkan pulau itu di bawah kawalan Beijing.



Tentera Laut Amerika berkata operasi oleh pemusnah itu konsisten dengan undang-undang antarabangsa.



"Di akhir operasi itu, USS Milius keluar dari kawasan yang dituntut secara berlebihan, dan meneruskan operasi di Laut China Selatan.



"Kebebasan operasi pelayaran ini menegakkan hak, kebebasan dan penggunaan laut yang sah," kata kenyataan Tentera Laut Amerika.



Bulan lalu, China dan Amerika berdebat mengenai pergerakan USS Milius, yang menurut China telah memasuki perairan wilayahnya di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Paracel.



China menuntut kawasan luas yang bertindih dengan zon ekonomi eksklusif pelbagai negara, termasuk Filipina. Aliran perdagangan bernilai bertrilion dolar melalui kawasan perairan itu setiap tahun.



Sementara itu, jurucakap tertinggi kerajaan Jepun berkata pada Isnin, bahawa Tokyo memantau secara konsisten latihan ketenteraan China di sekitar Taiwan "dengan keprihatinan yang besar".



Jepun telah lama bimbang tentang kegiatan ketenteraan China di kawasan itu memandangkan betapa dekatnya pulau-pulau selatannya dengan Taiwan.



"Kepentingan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan bukan sahaja penting untuk keselamatan Jepun, bahkan untuk kestabilan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya," kata Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno kepada wartawan.



Pulau Okinawa di selatan Jepun menempatkan pangkalan tentera udara utama Amerika. Pada Ogos lalu, peluru berpandu China mendarat di zon ekonomi eksklusif Jepun apabila China mengadakan latihan simulasi perang untuk membantah lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika waktu itu, Cik Nancy Pelosi, ke Taipei.



Amerika Syarikat berkata ia memantau latihan China dengan teliti.



Tentera China mengadakan simulasi serangan ketepatan terhadap Taiwan pada hari kedua latihan di sekitar pulau itu pada Ahad.



Tentera Pembebasan Rakyat pada Isnin mengeluarkan video pendek di akaun WeChatnya, yang menunjukkan pengebom H-6 berkeupayaan nuklear, melakukan penerbangan di kawasan yang dikatakannya sebagai langit di utara Taiwan.



"Peluru berpandu berada dalam keadaan baik," kata suara yang tidak dikenal pasti, sedang video itu menunjukkan imej dari kokpit.



"Mulakan radar kawalan tembakan, kunci pada sasaran," kata satu lagi suara, menunjukkan imej peluru berpandu di bawah sayap pesawat.



Ia kemudian menunjukkan juruterbang sedang menyiapkan butang kawalan tembakan untuk apa yang disifatkan sebagai serangan simulasi, dan kemudian menekan butang itu, walaupun ia tidak menunjukkan sebarang peluru berpandu ditembak. - Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >