Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal perang bertukar jadi hospital bersalin di Palu

Oct 07, 2018 | 05:03 PM



PALU (INDONESIA) : Dinar bertuah kerana terselamat dari tragedi gempa bumi dan tsunami yang memusnahkan kediamannya. 



Beliau bagaimanapun tidak memiliki masa yang banyak kerana sarat mengandung dan bakal melahirkan anak pada bila-bila masa sahaja.



Wanita berusia 38 tahun itu berdepan keadaan yang amat menakutkan: bandar Palu musnah, hospital yang rosak dipenuhi limpahan pesakit dan doktor terpaksa memberi rawatan di luar bangunan antara runtuhan serta serpihan objek di jalan.



“Saya amat risau dan terlalu banyak perkara bermain di fikiran,” katanya.



Keajaiban akhirnya mendatangi pelabuhan Palu secara tiba-tiba, iaitu dalam bentuk kapal milik tentera laut Indonesia, KRI Dr Soeharso yang dilengkapi dengan segala peralatan klinikal.



Dinar dibawa naik ke atas kapal dengan segera dan selamat melahirkan anak kelimanya semalam, seminggu selepas tragedi berkembar meranapkan bandar di kepulauan Sulawesi itu, meragut lebih 1,500 nyawa.



Bayi itu dinamakan Soeharsi, iaitu versi perempuan kepada Soeharso sebagai memperingati tempat kelahiran anaknya.



Kapal itu pada asalnya berlabuh di Bali untuk bersiap sedia menyambut Persidangan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu depan.



Tragedi yang melanda Sulawesi dan Palu pada 28 September mengubah haluan kapal berkenaan apatah lagi bekalan perubatan doktor amat kritikal di lokasi kejadian.



Seorang doktor tempatan membantu menyambut kelahiran bayi Dinar dan tiga lagi di atas kapal terbabit malangnya seorang daripada mereka meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan. -AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >