Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal perang AS layari Selat Taiwan

Apr 18, 2023 | 5:30 AM
a125f223-8f1c-44e8-887a-9147285ee5ae
-

TAIPEI: Kapal perang Amerika Syarikat USS Milius (gambar) belayar melalui Selat Taiwan pada Ahad, dalam apa yang disifatkan Tentera Laut Amerika pada Isnin sebagai transit "rutin", hanya beberapa hari selepas China menamatkan latihan perang terbarunya di sekitar pulau itu.

China, yang menganggap Taiwan sebagai wilayah pembelot yang perlu disatukan semula dengannya secara paksa jika perlu, secara rasmi menamatkan latihan selama tiga hari di sekitar pulau itu pada 10 April untuk berlatih serangan tepat dan sekatan kepada Taiwan.

Ia mengadakan latihan itu untuk meluahkan kemarahan terhadap pertemuan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Kevin McCarthy pada 5 April. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg