Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal persiaran terbesar dunia mula pelayaran

Jan 29, 2024 | 02:41 PM



NEW YORK: Kapal persiaran terbesar di dunia, siap memulakan pelayaran sulungnya pada 27 Januari, tetapi kumpulan alam sekitar bimbang kapal berkuasa gas asli cecair itu - dan kapal persiaran gergasi lain yang akan menyusul - akan membocorkan metana berbahaya ke atmosfera.


Icon of the Seas, Royal Caribbean International berlayar dari Miami dengan kapasiti untuk 8,000 penumpang, merentasi 20 dek, mengambil kesempatan daripada populariti pelayaran yang semakin meningkat.

Kapal itu dibina menggunakan gas asli cecair (LNG), yang membakar lebih bersih daripada bahan api marin tradisional, tetapi menimbulkan risiko yang lebih besar untuk pelepasan metana.

Kumpulan alam sekitar berkata, kebocoran metana daripada enjin kapal adalah risiko yang tidak boleh diterima kepada iklim, kerana kesan berbahaya jangka pendeknya.

Kapal yang mengambil masa 900 hari dibina di limbungan kapal di Turku, Finland, dilaporkan lebih panjang daripada Menara Eiffel dengan memiliki 20 dek dan ruang untuk lebih daripada 5,600 penumpang (7,600 pada kapasiti maksimum) dan 2,350 anak kapal.

Bagi memastikan tiada siapa yang bosan atau lapar, kapal yang didaftarkan di Bahamas, mempunyai tujuh kolam renang termasuk ‘tasik’ 40,000 gelen air, enam gelongsor air, karusel, yang dikatakan sebagai arena ais terbesar di laut dan lebih 40 tempat makan dan bar.

Selain itu terdapat 50 pemuzik dan pelawak serta 16 orkestra.

“Ia adalah satu langkah ke arah yang salah,” kata Encik Bryan Comer, pengarah Program Marin di Majlis Antarabangsa Pengangkutan Bersih (ICCT), sebuah badan pemikir dasar alam sekitar.

“Kami menganggarkan bahawa menggunakan LNG sebagai bahan api marin, mengeluarkan lebih 120 peratus lebih banyak pelepasan gas rumah hijau kitaran hayat, daripada minyak gas marin,” katanya.

Dari segi kesan pemanasan, metana adalah 80 kali lebih teruk dalam tempoh 20 tahun daripada karbon dioksida, menjadikan pemotongan pelepasan tersebut penting untuk menahan pemanasan suhu global.

Kapal persiaran seperti Icon of the Seas menggunakan enjin dwi-bahan api tekanan rendah, yang membocorkan metana ke atmosfera semasa proses pembakaran, yang dikenali sebagai “gelincir metana,” menurut pakar industri.

Terdapat dua enjin lain yang digunakan pada kapal pengangkut pukal atau kapal kontena yang mengeluarkan kurang metana, tetapi ia terlalu tinggi untuk dimuatkan dalam kapal persiaran.

Royal Caribbean berkata, kapal barunya itu adalah 24 peratus lebih cekap, dalam hal pelepasan karbon daripada yang diperlukan oleh pengawal selia perkapalan global, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Royal Caribbean akan menggunakan bahan api yang berbeza semasa pasaran berkembang, kata Encik Nick Rose, naib presiden alam sekitar, sosial dan tadbir urus syarikat itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >