Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Kapal pertama angkut bekalan bijirin dari Ukraine selamat labuh di perairan Turkey

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



ISTANBUL: Kapal yang mengangkut bekalan bijirin pertama berlepas dari pelabuhan Ukraine semasa perang di negara itu, kini selamat berlabuh di perairan Turkey kelmarin.



Seorang pegawai kanan berkata, Ankara menjangka sekurang-kurangnya sebuah kapal akan berlepas dari Ukraine setiap hari seperti yang tertera dalam perjanjian eksport.



Kapal pertama itu, Razoni, mengangkut 26,527 ton jagung ke Lebanon, berlabuh dekat laluan masuk ke Bosphorus melalui Laut Hitam sekitar pukul 2 pagi waktu Singapura, semalam.



Pelayaran memakan masa sekitar 36 jam dari pelabuhan Odesa, Ukraine.



Delegasi dari Pusat Penyelaras Bersama (JCC) di Istanbul, di mana kakitangan Russia, Ukraine, Turkey dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bekerja, dijangka akan memeriksa kapal tersebut, menurut Kementerian Pertahanan Turkey.



Pelayaran tersebut dapat dilaksanakan selepas Ankara dan PBB merundingkan perjanjian eksport bijirin dan baja antara Moscow dan Kyiv bulan lalu.



Usaha itu adalah suatu yang luarbiasa dalam konflik yang kini merupakan perang berpanjangan.



"Kami berharap akan ada lagi pelayaran keluar dari rantau itu esok," kata jurucakap PBB, Encik Stephane Dujarric, kepada wartawan di New York.



"Ini suatu hal yang rumit... tetapi ada lagi beberapa kegiatan yang sudah dirancangkan."



Encik Dujarric berkata terdapat 27 buah kapal di tiga pelabuhan di Ukraine yang tertakluk dalam perjanjian eksport, yang sudah lama tersadai... sedangkan kontrak sudah dimetrai, siap untuk belayar.



"Eksport dari salah sebuah negara pengeluar bijirin terkemuka dunia itu bertujuan untuk membantu meringankan beban krisis bekalan makanan global.



"Seperti yang dirancangkan, setiap hari akan ada kapal yang berlepas," kata seorang pegawai kanan Turkey kepada agensi berita Reuters, merujuk kepada Odesa dan dua lagi pelabuhan di Ukraine yang disebut dalam perjanjian eksport itu.



"Kalau semuanya berjalan dengan baik, eksport akan dibuat dengan sebuah kapal setiap hari, buat sementara ini," ujarnya.



Pegawai itu, yang meminta supaya pengenalannya tidak didedahkan, menambah kata bahawa pelepasan kapal Razoni itu juga sudah lewat beberapa hari daripada jadualnya gara-gara "masalah teknikal" yang kini sudah diperbaiki.



Turkey yang merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), berharap laluan selamat yang telah ditentukan itu berfungsi dengan baik.



Menurut perjanjian eksport yang dimetrai itu, ada empat pihak yang akan memantau kiriman tersebut dan melakukan pemeriksaan dari JCC di Istanbul, yang melalui Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam dengan pasaran dunia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >