Topic followed successfully
Go to BHkuKapal pesiar $331j dirampas di Bali berhubung siasatan Amerika berkaitan 1MDB
Premium
Kapal pesiar $331j dirampas di Bali berhubung siasatan Amerika berkaitan 1MDB
Mar 4, 2018 | 5:30 AM
Kapal pesiar $331j dirampas di Bali berhubung siasatan Amerika berkaitan 1MDB
BERSIAP UNTUK BERTINDAK: Pegawai Indonesia bersedia untuk menaiki kapal pesiar mewah Equanimity, yang dikatakan bernilai AS$250 dan dimiliki oleh peniaga Malaysia Jho Low, seorang bekas penasihat 1MDB, di Teluk Benoa di Bali pada 28 Februari lalu. - Foto AFP -
JAKARTA: Indonesia Rabu lalu merampas sebuah kapal pesiar mewah di pulau Bali yang dicari oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah berjuta-juta dolar yang dikaitkan dengan dana negara Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kami memeriksa anak kapal sejak semalam dan sekarang kami mengambil tindakan kerana kami telah mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk merampas bot," kata Encik Agung Setya, pengarah jenayah ekonomi dan khas di biro siasatan jenayah Indonesia, kepada Metro TV.

