Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal selam Indo pecah tiga di dasar laut; dikesan dengan bantuan kapal dihantar SG

Apr 26, 2021 | 5:30 AM
28bf116a-5ee9-4f7a-ba93-e73c7b69b95b
-

BALI: Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan semalam serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian.

Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan terkorban.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.

Singapura menghantar kapal MV Swift Rescue dan tiba di Bali awal pagi semalam dilengkapi kapal selam kecil Deep Search and Rescue Six (DSAR 6).

DSAR 6 mampu menyelam ke lautan dalam, melekatkan dirinya pada kapal selam yang lumpuh, menyelamatkan penghuninya dan membawa mereka naik ke kapal, di mana kakitangan yang terlatih dalam perubatan hiperbarik dapat merawat mereka.

Tjahjanto berkata lebih banyak serpihan KRI Nanggala 402 ditemui semalam termasuk sebuah sauh dan sut keselamatan kru.

Kelmarin, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia karam dan mengakhiri harapan menemui anak kapal yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuk serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg