Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal selam Indonesia yang hilang ditemui pecah tiga, 53 anak kapal maut

Apr 25, 2021 | 8:38 PM
Kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang dalam satu foto pada 2014.
Kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang dalam satu foto pada 2014. -

BALI: Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, ditemui di dasar laut pada Ahad (25 Apr), pecah sekurang-kurangnya kepada tiga bahagian, di perairan Bali dengan kesemua 53 anak kapal disahkan terbunuh. Ketua Turus Tentera Laut Indonesia Yudo Margono mengesahkan penemuan serpihan kapal selam yang hilang pada Rabu lalu itu. Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, pula mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 anak kapal itu sudah meninggal dunia. Pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter pada awal pagi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual. Pasukan penyelamat menemui lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 termasuk sauh dan sut keselamatan dipakai oleh anak kapal. Laksamana Yudo Margono mengatakan pasukan anak kapal itu tidak harus disalahkan atas kemalangan itu. "KRI Nanggala terbahagi kepada tiga bahagian, badan kapal selam, buritan kapal, dan bahagian utama semuanya terpisah, dengan bahagian utama didapati retak," katanya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg