Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal tangki minyak berdaftar SG rosak dalam serangan di Saudi

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



SEBUAH kapal tangki minyak komersial berdaftar di Singapura, BW Rhine, diserang oleh sebuah "bot penuh berisi bahan letupan", kata jurucakap rasmi daripada Kementerian Tenaga kerajaan Arab Saudi.



Kapal yang berlabuh di Pelabuhan Jeddah di Arab Saudi itu dilaporkan rosak pada awal Isnin lalu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam.



Ia mengalami kebakaran kecil dan kerosakan pada badannya tetapi kesemua 22 anak kapal tidak cedera.



Tiada warga Singapura berada di atas kapal itu, kata MFA.



Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) sedang menyiasat kejadian itu bersama pihak berkuasa Arab Saudi.



"Singapura mengutuk semua serangan ke atas kapal komersial yang menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan dan keamanan perdagangan serta pelayaran kelautan antarabangsa," kata MFA.



Kapal itu dikendalikan oleh Hafnia, sebuah syarikat kapal tangki berpangkalan di Singapura.



Isnin lalu, Hafnia berkata dalam satu kenyataan BW Rhine "dilanggar oleh sumber luaran ketika melakukan pemunggahan di Jeddah" sekitar 12.40 pagi waktu tempatan, "menyebabkan letupan dan kemudian kebakaran".



Kementerian Tenaga Arab Saudi tidak menyatakan siapa disyakinya bertanggungjawab.



Bagaimanapun, kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas apa yang didakwa pihak berkuasa Arab Saudi sebagai serangan oleh pemberontak Houthi Yaman ke atas sebuah kapal tangki Malta dan dua kemudahan minyak Arab Saudi.



Jurucakap kementerian itu memberi amaran "tindakan pengganasan dan laku musnah itu, yang disasarkan terhadap kemudahan penting, melampaui kerajaan Arab Saudi dan kemudahan pentingnya, hingga kepada keamanan dan kestabilan bekalan tenaga kepada dunia dan ekonomi global".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >