Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal terbang di Asia berdepan risiko rosak sedang musim ribut dijangka tiba

Jun 3, 2020 | 5:13 PM
Kapal terbang di Asia berdepan risiko rosak sedang musim ribut dijangka tiba. - Foto AFP
Kapal terbang di Asia berdepan risiko rosak sedang musim ribut dijangka tiba. - Foto AFP -

SYDNEY/TAIPEI: Syarikat penerbangan, lapangan terbang dan penanggung insurans di Asia bersiap sedia berdepan dengan kemungkinan jumlah kerosakan yang luar biasa tinggi sedang musim ribut wilayah ini bermula, dan beratus kapal terbang tidak dapat terbang dek pandemik Covid-19.

Lapangan terbang besar di wilayah yang terdedah pada ribut seperti di Hong Kong, Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan India seakan-akan bertukar menjadi tempat letak kapal terbang disebabkan sekatan perjalanan akibat koronavirus itu.

"Kalau anda mempunyai semua kapal terbang itu, bayangkan untuk memulakan dan memastikan mereka terbang semula dalam tempoh singkat bukan mudah," kata Encik Gary Moran, ketua penerbangan Asia di broker insurans Aon.

"Cabarannya ialah jika berlaku ribut taufan, akan akan ada banyak kapal terbang yang tidak sempat dipindahkan dengan cepat."

"Satu peristiwa boleh menyebabkan kerosakan yang memerlukan kos berjuta-juta untuk diperbaiki, bahkan mungkin mendekati ratusan juta bergantung pada pesawat yang terlibat," kata Encik James Jordan, rakan sekutu kanan di firma undang-undang aeroangkasa dan amalan insurans HFW Asia. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg