Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapsul SpaceX dengan 4 angkasawan selamat tiba ke bumi

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Pasukan angkasawan jangka panjang keempat yang berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan kapsul SpaceX, telah meninggalkan stesen itu kelmarin bagi memulakan perjalanan pulang ke bumi.



Ia sekali gus menamatkan misi saintifik yang berlangsung selama hampir enam bulan.



Kapsul Crew Dragon SpaceX yang membawa tiga angkasawan Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan seorang kru Italy daripada Agensi Angkasa Eropah, berlepas dari ISS sekitar jam 12.05 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin bagi memulakan perjalanan yang dijangka mengambil masa lima jam.



Kesemua mereka kembali ke bumi selepas berada selama 170 hari di angkasa.



Siaran secara langsung menunjukkan kapsul itu bergerak meninggalkan ISS, dengan empat angkasawan yang memakai topi keledar dan sut angkasa berwarna hitam dan putih, dilihat berada di kabin kru sebelum kapal angkasa berkenaan berpisah dari ISS, yang mengorbit sekitar 400 kilometer (km) di atas bumi.



Proses pendaratan ke bumi berjalan lancar, dengan kapsul Crew Dragon yang turut dikenali sebagai 'Freedom', mendarat di laut berhampiran pesisir Atlantik di Florida pada jam 4.55 petang (waktu tempatan).



Kru Freedom, iaitu warga Amerika Syarikat (AS), Encik Kjell Lindgren, 49 tahun; Cik Jessica Watkins, 34 tahun; dan Encik Bob Hines, 47; serta warga Italy, Cik Samantha Cristoferetti, 45 tahun, tiba di ISS pada 27 April lalu susulan pelancaran SpaceX.



Cik Watkins menjadi wanita Amerika berketurunan Afrika pertama berkhidmat dalam misi jangka panjang di ISS.



Kru berkenaan dikenali sebagai 'Crew-4', kumpulan angkasawan keempat untuk misi jangka panjang yang dilancarkan oleh SpaceX ke ISS sejak syarikat roket swasta diasaskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Encik Elon Musk, menerbangkan kakitangan Nasa pada Mei 2020.



Kepulangan kumpulan itu dilaksanakan seminggu selepas pengganti mereka, Crew-5 tiba di ISS, yang merangkumi seorang angkasawan Russia, seorang angkasawan Jepun dan dua kru NASA, termasuk wanita orang asli AS pertama yang dihantar ke orbit.



Crew-5 kini berada di ISS bersama dua lagi angkasawan Russia dan seorang angkasawan AS yang berkongsi pesawat Soyuz untuk menuju ke stesen angkasa itu bulan lalu.



ISS yang bersaiz sebuah padang bola, dihuni secara berterusan sejak 2000, dan dikendalikan menerusi satu kerjasama yang diketuai AS dan Russia secara bersama dan merangkumi beberapa negara termasuk Canada, Jepun dan 11 negara Eropah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >