Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapsul SpaceX dengan kru awam selamat mendarat di Lautan Atlantik

Sep 20, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: SpaceX yang membawa empat pelancong mendarat di Lautan Atlantik pesisir pantai Florida kelmarin selepas tiga hari berlepas ke angkasa lepas, sekali gus mengakhiri misi yang berjaya dan bersejarah tanpa kehadiran angkasawan profesional.



Pelindung haba pada kapsul SpaceX Dragon membolehkannya tahan lasak ketika pendaratan, sebelum empat payung terjun besar dikeluarkan untuk menampung kapsul itu sebelum mendarat 7 malam (7 pagi waktu Singapura), menurut kemas kini video secara langsung oleh syarikat berkenaan.



Sebuah bot segera menghampiri SpaceX dan membukakan pintu bagi membolehkan angkasawan keluar.



Mereka kemudian dipindahkan dengan menaiki helikopter ke Pusat Angkasa Kennedy, lokasi di mana mereka berlepas menaiki roket Falcon 9, pada Rabu lalu.



Matlamat misi yang dikenali Inspiration4 bertujuan mendorong pendemokrasian ruang angkasa lepas dengan membuktikan kosmos dapat diakses oleh kru yang tidak dipilih atau dilatih selama bertahun-tahun.



"Ia sangat perjalanan luar biasa bagi kami dan kami baru saja bermula," kata kapten misi dan jutawan, Encik Jared Isaacman, yang membiayai misi tersebut.



Isaacman, yang membayar puluhan juta dolar, menawarkan tiga tempat duduk kepada orang awam iaitu jururawat Cik Hayley Arceneaux, 29 tahun; bekas veteran Tentera Udara Amerika Syarikat, Encik Christopher Sembroski, 42 tahun; dan Profesor Sian Proctor, 51 tahun.



Kapsul Dragon bergerak lebih jauh daripada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di orbit pada ketinggian kira-kira 575 kilometer dan mengelilingi dunia lebih 15 kali setiap hari.



Pendaratan itu menandakan kali ketiga syarikat Elon Musk membawa manusia ke angkasa dan kembali, selepas dua misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) yang masing-masing pada Ogos 2020 dan satu lagi pada Mei tahun ini.



Kedua-duanya membawa angkasawan kembali dari ISS. Tidak seperti angkasawan NASA, anggota misi Inspiration4 tidak pergi ke ISS tetapi berada di orbit mengelilingi bumi.



Ketika penerbangan, tanda vital anggota kru dipantau untuk mengkaji kesan persekitaran angkasa lepas. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >