Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapten kapal wanita Mesir jadi mangsa berita palsu, dipersalahkan atas kejadian kapal terkandas Terusan Suez

Apr 07, 2021 | 09:26 PM




KAHERAH: Seorang kapten kapal wanita pertama di Mesir, Cik Marwa Elselehdar, mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam dan dipersalahkan di atas kejadian kapal kontena terkandas di Terusan Suez baru-baru ini.




New York Post melaporkan, Cik Marwa, 29 tahun,  bertugas di atas kapal Aida IV di perairan Iskandariah dan sebenarnya berada ratusan kilometer dari lokasi kejadian ketika kapal kontena MV Ever Given tersekat di terusan berkenaan.



Malangnya, berita palsu di Internet mendakwa Cik Marwa yang menyebabkan kapal itu tersekat selama seminggu sebelum berjaya diapungkan semula.



"Saya terkejut dan fikir mungkin mereka menjadikan saya sebagai sasaran hanya kerana saya seorang kapten wanita atau mungkin kerana saya orang Mesir. Saya tidak begitu pasti," katanya.



Sehingga kini, identiti kapten kapal MV Ever Given belum didedahkan namun pegawai Mesir berkata kejadian kapal tersadai itu mungkin disebabkan oleh kecuaian manusia.



Cik Marwa berkata, desas-desus tentang pembabitannya dalam insiden kapal tersadai itu tercetus susulan tangkap layar daripada berita yang disiarkan akhbar Arab News.



"Artikel palsu itu ditulis dalam bahasa Inggeris dan ia tersebar ke negara lain. Saya berusaha keras menafikan apa yang ditulis dalam artikel itu kerana ia menjejaskan reputasi serta semua usaha gigih saya untuk sampai ke tahap ini," katanya.



Berita palsu itu juga menyebabkan beliau diejek dan dijadikan bahan jenaka.



"Komen-komen pada artikel itu juga berbaur negatif dan kasar, namun saya juga ada menerima komen yang positif daripada individu yang bekerja dengan saya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >