Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kartunis Sweden yang lukis karikatur Nabi maut dalam nahas kereta

Oct 5, 2021 | 5:30 AM
LOKASI NAHAS: Kereta yang dinaiki Encik Lars Vilks bertembung sebuah trak berdekatan bandar kecil Markaryd sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar. - Foto AFP
LOKASI NAHAS: Kereta yang dinaiki Encik Lars Vilks bertembung sebuah trak berdekatan bandar kecil Markaryd sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar. - Foto AFP -

STOCKHOLM: Kartunis Sweden, Encik Lars Vilks, yang berada di bawah perlindungan polis selepas menerima ugutan bunuh kerana melukis karikatur Nabi Muhammad saw pada 2007, maut apabila kereta dinaikinya terbabit nahas, kelmarin.

Polis Sweden mengesahkan kepada agensi berita AFP, lelaki berusia 75 tahun itu bersama dua anggota polis terkorban apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak dari arah bertentangan.

"Insiden ini sedang disiasat seperti kes kemalangan jalan raya yang lain.

"Berikutan ia turut membabitkan dua anggota polis, siasatan itu akan dikendalikan seksyen khas di pejabat pendakwa raya," kata jurucakap polis kepada AFP sambil memaklumkan tiada elemen jenayah disyaki, setakat ini.

Menurut polis, kejadian berlaku berdekatan bandar kecil, Markaryd, apabila kereta dinaiki Vilks bertembung sebuah trak sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Selain itu, polis memaklumkan, pemandu trak berkenaan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala punca nahas masih belum dikenal pasti, setakat ini.

"Individu yang kami lindungi dan dua rakan sekerja maut dalam tragedi itu," kata Ketua Polis Wilayah, Carina Persson. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg