Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Karzai dakwa serangan tentera Amerika bunuh orang awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Karzai dakwa serangan tentera Amerika bunuh orang awam

Jan 16, 2014 | 02:55 PM

KABUL: Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, menyelar Amerika Syarikat berhubung dengan satu operasi ketenteraan yang didakwanya telah membunuh orang awam kelmarin, sekaligus menunjukkan perselisihan beliau yang semakin besar dengan Washington.

Encik Karzai berkata, tentera Amerika bertanggungjawab atas satu serangan udara menyebabkan seorang wanita dan tujuh orang anaknya terbunuh.

Hubungan antara Afghanistan dan Amerika semakin tegang sejak keengganan Encik Karzai menandatangani Perjanjian Keselamatan Dua Hala yang akan membolehkan tentera Amerika kekal berada di Afghanistan selepas tahun ini, apabila sebahagian besar tentera asing dijadualkan meninggalkan negara itu.

Pakatan Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), yang dikuasai Amerika, menafikan ia merancang operasi ketenteraan kelmarin dan sebaliknya berkata Pasukan Tentera Khas Afghan yang merancangnya. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3