Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kata terakhir Kashoggi: Saya semput, jangan tutup mulut saya

Sep 11, 2019 | 04:01 PM



ANKARA, Turkey: Dalam kata-kata terakhirnya, wartawan Saudi yang dibunuh, Jamal Khashoggi meminta penderanya supaya tidak menutup mulutnya kerana beliau menghidap semput dan boleh mati akibat sesak nafas, menurut akhbar Sabah di Turkey.



Akhbar Sabah, telah menerbitkan butir-butir baru mengenai rakaman perbualan Khashoggi dengan ejen Saudi yang dihantar untuk membunuhnya.



Ia juga mengatakan bahawa rakaman pembunuhan Khashoggi yang mengejutkan pada 2 Oktober 2018 itu di Konsulat Saudi di Istanbul diperolehi oleh agensi perisikan Turkey.



Menurut transkrip itu, Maher Mutreb, seorang ejen Saudi, memberitahu Khashoggi bahawa mendiang harus dibawa kembali ke Riyadh ekoran perintah Interpol terhadapnya. 



Lalu, Kashoggi membantah dan mengatakan tiada kes undang-undang terhadapnya dan tunangnya sedang menunggunya di luar.



Mutreb dan anggota-anggota lain juga didengari cuba memaksa Khashoggi menghantar mesej kepada anaknya supaya tidak bimbang jika tidak mendengar daripadanya, lapor akhbar Sabah itu.



Namun, Khashoggi menolak sambil berkata: "Saya tidak akan menulis apa-apa." Mutreb kemudian didengar berkata: "Bantu kami, supaya kami dapat membantu anda. Pada akhirnya, kami tetap akan membawa anda ke Arab Saudi. Dan jika anda tidak membantu kami, anda tahu apa yang akan berlaku nanti. "



Akhbar itu juga menerbitkan kata-kata terakhir Khashoggi sebelum mendiang tidak sedarkan diri akibat diberi narkoba.



"Jangan menutup mulut saya," katanya kepada pembunuhnya, menurut Sabah. "Saya semput, jangan lakukannya. Anda akan membuat saya tak boleh bernafas. "



Beberapa butir-butir transkrip yang diterbitkan oleh Sabah telah dicatatkan dalam laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pembunuhan Khashoggi yang telah diumumkan pada bulan Jun. Laporan itu mendakwa Arab Saudi bertanggungjawab atas pembunuhan Jamal Kashoggi lalu mengatakan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman mungkin terlibat dalam pembunuhan itu dan peranan beliau dalam pembunuhan itu harus diperiksa.



Arab Saudi pada mulanya telah memberi pelbagai kenyataan yang tidak tepat mengenai kehilangan Khashoggi. Apabila tekanan antarabangsa dikenakan pada mereka, Kerajaan Suadi akhirnya memberi penjelasan bahawa mendiang dibunuh oleh ejen Saudi yang tidak mematuhi perintah dalam pergaduhan di dalam konsulat mereka itu.



Kerajaan Saudi telah meletakkan 11 orang dalam perbicaraan dalam prosiding tertutup. Seorang putera Arab Saudi, berusia 33 tahun, yang terus mendapat sokongan bapanya, Raja Arab Saudi Salman, menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan itu.



Mayat Khashoggi masih belum ditemui. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >