Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kaum Adam rasa sakit bagai hendak terberanak?

Oct 26, 2023 | 05:55 PM



Keluhan yang diluahkan kaum Hawa hampir setiap bulan kerana kedatangan haid memang sering didengar. Belum lagi sakit yang dialami sewaktu mengandung, dan tentu saja kesakitan melahirkan tidak terkata, menurut setiap wanita yang telah melaluinya sendiri.

Secara semula jadi, memang inilah fungsi dan keistimewaan wanita. Namun tentu ada dalam kalangan kaum Adam yang ingin tahu, dan mahu mengalaminya sendiri.

Kini kaum Adam boleh mencuba simulasi untuk mengalami kesakitan mirip yang ibu atau isteri mereka rasai meskipun untuk beberapa minit.

Pada yang berminat, aktiviti unik ini boleh dicuba di sebuah pusat permainan Bang Bang Van, di Mount Austin, Johor Bahru.

Beberapa video dimuat naik dalam TikTok menunjukkan kaum Adam mencuba simulasi ini dan melalui mimik muka saja, kita boleh bayangkan betapa sakitnya denyutan itu.

Tahap kesakitan boleh diubah suai mengikut daya ketahanan.

Salah satu video yang dimuat naik oleh @ameliablob di TikTok menunjukkan teman lelakinya sedang meraung kesakitan.

Video itu mendapat tontonan 36.9k ribu dan telah ditularkan sebanyak 12.9k kali.

Seorang penonton video itu yang hanya dikenali sebagai Cik Ana Rahim, 43 berkata:

“Saya mahu anak-anak bujang saya mencubanya! Biar mereka tahu betapa sakitnya melahirkan mereka, dan saya harap mereka akan menghargai isteri mereka di masa depan kelak..”

Untuk Cik Ruhaiza Fathol, 46 tahun pula, katanya sewaktu melahirkan anaknya, suaminya memberi sokongan tetapi mendatangkan amarahnya pula:

“Saya sedang melahirkan dan senang saja dia cakap awak boleh buat! Tolak saja! Waktu itu raya rasa macam nak terajang saja muka dia…”

Berita Harian (BH) bertanyakan Dr Jazlan Joosoph, pakar obstetrik & ginekologi sama ada sakit yang dirangsang itu mirip kesakitan sebenar yang dirasai kaum ibu dan beliau berkata:

“Tidak ada rangsangan boleh mencapai kesakitan yang sebenar…”

Tambahnya lagi, “Bersalin dan mengandungkan anak bukan peranan lelaki. Kita masing-masing ada peranan tersendiri. Laksanakan peranan ini dengan sebaik mungkin.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >