Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawalan keselamatan dan rondaan sempadan Malaysia-Thailand dipertingkat

May 27, 2022 | 08:32 PM



TUMPAT (Kelantan): Kawalan keselamatan dan rondaan di perairan sempadan negeri ini, dipertingkatkan lagi susulan insiden serangan bom dan senjata api di pekan Tak Bai, Selatan Thailand yang terletak berdekatan Pengkalan Kubor di sini, pada malam Rabu lalu.



Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said, berkata seramai 35 anggota PPM Wilayah Tiga yang berpangkalan di Pengkalan Kubor, menjalankan rondaan 24 jam seperti biasa.



“Kami masih mempertingkatkan kawalan keselamatan dan rondaan di perairan sempadan, selain mempertingkatkan pertahanan pangkalan.



“Kita turut berkerjasama dengan pihak berkuasa Thailand, khususnya Polis Marin Diraja Thailand untuk pertukaran maklumat,” katanya..



Dalam kejadian jam 9.35 (waktu tempatan) malam Rabu lalu yang membabitkan serangan di sebuah balai polis marin di Tak Bai itu, tiga anggota keselamatan cedera selepas diserang oleh individu bersenjata api dan bom tangan.



Tinjauan dari jeti markas PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor di sini mendapati situasi lengang sekitar pekan Tak Bai yang hanya berjarak 200 meter dan dipisahkan oleh Sungai Golok.



Pihak berkuasa Thailand termasuk anggota tentera kelihatan turut berkawal di sekitar tebing Sungai Golok berhampiran lokasi kejadian, ketika penduduk sekitar Takbai meneruskan kehidupan seperti biasa.



Sementara itu, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8), Deputi Superintendan Ramesh Krishnan, berkata penugasan anggotanya turut dipertingkatkan sekitar sempadan.



“Kita pertingkatkan lagi kawalan kerana tidak boleh ambil ringan berikutan insiden itu membabitkan keselamatan orang ramai,” katanya. - BHM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >