Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Kawalan ketat jelang majlis angkat sumpah Biden

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pihak berkuasa keselamatan Amerika Syarikat kini melancarkan satu operasi nasional untuk mencegah keganasan sebelum Presiden Dipilih Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengangkat sumpah pada 20 Januari.



Ini menyusuli serangan terhadap Kongres oleh penyokong Presiden Donald Trump minggu lalu.



Pegawai pemerintah persekutuan dan nasional juga sedang menilai ancaman di dalam talian serta mesej ugutan kepada ahli Kongres selain memastikan operasi keselamatan berupaya menangkis serangan.



Pentadbiran akan datang Encik Biden turut meningkatkan keselamatan bagi pasukannya menjelang minggu depan.



Rusuhan di bangunan Capitol di Washington pada 6 Januari memaksa penggubal undang-undang melarikan diri daripada bangunan itu demi nyawa mereka.



Seorang pegawai polis dan empat perusuh meninggal dunia akibat kejadian itu, yang bermula selepas Encik Trump menyeru ribuan penyokongnya mencerobohi Kongres sebagai satu usaha menghalang pengesahan kemenangan pemimpin Parti Demokrat itu.



Encik Trump yang mendakwa beliau kalah dalam pilihan raya itu disebabkan satu penipuan, dikenakan tindakan penyingkiran Dewan Perwakilan kelmarin kerana menggalak penyokongnya mencerobohi Kongres.



Beliau juga terus menghadapi tekanan untuk meletak jawatan.



Biro Siasatan Federal (FBI) memberi amaran bahawa tunjuk perasaan bersenjata untuk mempamerkan sokongan bagi Encik Trump telah dirancang di Washington dan kesemua 50 wilayah Amerika hujung minggu ini atau sekitar majlis angkat sumpah Encik Biden.



Pegawai tempatan telah meningkatkan keselamatan, khususnya di wilayah yang terdapat persaingan sengit, dengan Encik Biden menang tipis.



"Adalah jelas lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk membantutkan, menerobos dan mencegah serangan yang boleh membawa maut dan bersifat menghasut oleh ekstremis ganas tempatan pada hari-hari akan datang," ujar dua ahli kanan Demokrat dalam Dewan Jerrold Nadler dan Adam Schiff menerusi satu kenyataan.



Sekitar 20,000 anggota tentera Keseleamatan Nasional akan bersedia bagi majlis angkat sumpah Encik Biden dan separuh daripada mereka akan berada di Washington esok jika rusuhan bermula hujung minggu ini.



Encik Biden dijangka mengangkat sumpah di luar bangunan Capitol Rabu ini.



Anggota tentera Keselamatan Nasional juga dikerah menjaga keselamatan dalam dewan Kongres 24 jam dan memainkan peranan sebagai pegawai polis Capitol, memberikan mereka kuasa membuat penangkapan.



Sementara itu, Khidmat Taman Nasional Amerika juga menutup Monumen Washington hingga 24 Januari manakala syarikat Airbnb berkata mereka telah menyekat dan membatalkan semua tempahan penginapan di kawasan Washington untuk tidak menggalak perusuh daripada datang ke ibu negara Amerika itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >