Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawalan pergerakan di empat negeri M'sia tamat

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dengan bersyarat di empat negeri tetapi meletakkan Kelantan dalam "lockdown" dan mengumumkan semua pekerja asing di daerah terpilih wajib menjalani ujian Covid-19.



PKPB di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan semalam susulan penurunan kes di negeri-negeri tersebut dan keadaan yang terkawal, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lapor akhbar The Straits Times.



Bagi Kedah, beliau berkata PKPB ditamatkan kecuali bagi daerah Kulim yang masih mencatatkan 23 kes aktif Covid-19, manakala bagi seluruh Kedah pula sejumlah 85 kes positif direkodkan sehingga 18 Nov.



Di Melaka, beliau berkata sejak 5 Nov sebanyak 61 kes positif Covid-19 dilaporkan di seluruh negeri, manakala pada 18 Nov terdapat penurunan kes positif kepada 48 kes dan situasi penularan jangkitan didapati terkawal.



Di Johor pula kes positif Covid-19 yang direkodkan sehingga 5 November adalah 82 kes serta mencatatkan penurunan pada 16 November, membolehkan PKPB ditamatkan, kecuali di daerah Kota Tinggi dan Mersing dengan masing-masing merekodkan 36 dan lapan kes positif.



Di Terengganu, keadaan di negeri itu juga terkawal dengan hanya 19 kes positif Covid-19 direkodkan pada 17 November serta tiada kes sporadik dilaporkan dalam tempoh 14 hari.



Encik Ismail sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuat kuasa empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember.



Sehingga kini negeri-negeri yang masih dikenakan PKPB adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.



Sebelum ini arahan PKPD ditamatkan di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu yang sebelum ini dilanjutkan dari 6 November hingga kelmarin.



"KKM telah menjalankan 3,743 saringan dan mendapati 89 kes positif Covid-19 di lokaliti ini. Justeru, atas nasihat KKM, sidang khas bersetuju menamatkan PKPD di lokaliti itu seperti dijadualkan," katanya.



Ditanya mengenai mahasiswa universiti yang masih berada di kampus termasuk di Sabah, Ismail Sabri berkata mereka digalakkan untuk terus kekal di kampus masing-masing dan tidak pulang ke kampung halaman buat masa ini.



"Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak menghadkan perjalanan mereka sekiranya ingin pulang. Mereka perlu patuh SOP," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >