Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia

Kawan jadi lawan

Nov 10, 2022 | 07:40 AM



MEREKA dikatakan kawan baik dan pada satu ketika dahulu, menyingsing lengan bersama di bawah bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendekati penduduk.



Malah, secara berasingan, mereka juga berkhidmat sebagai Menteri Besar di Selangor.



Namun, kurang lima tahun selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018, bendera yang dikibarkan Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Amirudin Shari telah berubah warna.



Datuk Azmin, 58 tahun, kini mewakili Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan bertanding dalam PRU15 di bawah bendera Perikatan Nasional (PN).



Datuk Amirudin Shari, 42 tahun, yang kini berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor masih mengibarkan bendera PKR dan Pakatan Harapan (PH).



Kededua tokoh politik ini akan bersaing dengan tiga calon lain - Datuk Megat Zulkarnain Omardin dari Barisan Nasional (BN); Encik Aziz Jamaludin Mohd Tahir dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang); dan calon bebas Encik Zulkifli Ahmad - untuk memikat hati pengundi di Gombak, Selangor.



Buat masa ini, persaingan antara kededua tokoh politik ini masih kordial atau ramah-tamah. Kededua Datuk Azmin dan Datuk Amirudin juga berjabat tangan dan berpelukan mesra semasa berjumpa pada Hari Penamaan Calon baru-baru ini.



Bercakap dengan wartawan: Datuk Azmin berkata: "Beliau (Amirudin) ialah salah seorang calon dan rakan karib saya.



"Saya menjangka semua calon menjalankan kempen masing-masing selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."



Menjawab soalan wartawan, Datuk Amirudin menyangkal cadangan beliau semata-mata 'bayang-bayang' yang mengekori Datuk Azmin.



Menurut Datuk Amirudin, beliau bukan 'bayang-bayang' kerana beliau kekal bersama PKR pada 2020, dan tidak bersama Datuk Azmin apabila beliau menyertai Bersatu pada 2020.



"Kalau saya betul-betul bayangbayang beliau, sudah tentu saya akan pergi bersamanya ke mana-mana," kata beliau.



Datuk Amiruddin mengambil alih jawatan Menteri Besar di Selangor daripada Datuk Azmin pada 2018, selepas Datuk Azmin dilantik menjadi Menteri dalam kerajaan PH, menyusuli kemenangan PH dalam PRU14.



Namun menyusuli tindakan politik yang dinamakan 'Langkah Sheraton' pada 2020, Datuk Azmin meninggalkan PH untuk menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perikatan Nasional (PN).



Walaupun mereka telah berpecah dari segi ideologi, hubungan kededua tokoh politik ini berkekalan.



Namun sampai bila?



Datuk Azmin kini berkempen di bawah bendera PN yang memperjuangkan hak Melayu, yang tidak boleh ditolak ansur.



Bercakap kepada wartawan baru-baru ini, beliau mengakui kecewa dengan kerajaan PH kerana ia, dengan sokongan Parti Tindakan Demokratik (DAP), telah mengurangkan sokongan bagi orang Melayu.



Beliau memberi contoh program Teraju yang bertujuan membantu syarikat Bumiputera Melayu yang kecil mengembangkan perniagaan.



Sebelum PRU14, sekitar RM700 juta telah disalurkan kepada program itu tetapi kerajaan PH telah menghentikan pendanaan ini, kata Datuk Azmin.



Ini termasuk RM400 juta yang seharusnya diperuntuk bagi Teraju, tetapi tidak dilakukan, menerusi Belanjawan 2020, yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Lim Guan Eng di Parlimen.



"Bagi saya ini satu penafian hak Bumiputera," kata Datuk Azmin.



Sementara itu Datuk Amirudin kini berkempen untuk memperjuangkan hak yang sama adil bagi kesemua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.



Semasa bertemu penduduk di Laksamana Jaya, di Batu Caves kelmarin, Datuk Amirudin memberitahu penduduknya, yang kebanyakannya warga India, kerajaan PH tidak akan mendiskriminasikan mereka dan akan memberikan layanan yang berbeza kepada semua rakyat.



"Inilah janji kita yang kita buat sejak lama dahulu. Apa janji kita? Kita akan bertindak adil kepada semua dan tidak akan membeza-bezakan rakyat bersebab warna kulit, tapi (memberi sokongan) bergantung kepada keperluan kamu," kata beliau.



Separuh berseloroh, Datuk Amirudin juga mengingatkan penduduk supaya memberi sokongan kepadanya, dan bukan lagi kepada Datuk Azmin.



"Beliau nombor satu, kini saya nombor dua, jadi pilihlah saya, yang nombor dua," kata beliau, merujuk kepada kedudukan Datuk Azmin yang menyandang jawatan Menteri Besar terdahulu daripadanya.



Bercakap kepada Berita Harian (BH) seorang relawan PH, Cik Mazlina Mohd Din, berkata beliau memilih untuk menyertai perjuangan PH kerana ia satu-satunya gabungan parti yang berkempen secara adil bagi semua lapisan masyarakat dan yang berbilang kaum.



"Ini sesuatu yang harus dilakukan supaya kita semua bangkit sebagai satu Malaysia," ujar beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >