Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawasan bumbung projek perluasan Masjidil Haram Fasa Ketiga dibuka pada Ramadan

Apr 03, 2023 | 11:25 AM



MAKKAH: Kawasan bumbung bagi projek perluasan Masjidil Haram Fasa Ketiga, termasuk semua perkhidmatannya dibuka kepada jemaah, kata Ketua Pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.


Pembukaan bumbung itu selaras dengan peningkatan jumlah jemaah umrah di masjid suci umat Islam berkenaan sempena Ramadan, yang juga musim kemuncak bagi ibadah umrah.


Sheikh Abdul Rahman turut menyentuh usaha melengkapkan projek fasa ketiga itu, yang membabitkan semua tingkat, bumbung dan kawasan terbuka bagi menyambut ketibaan jumlah jemaah umrah tertinggi sepanjang Ramadan.


“Semua aturan dan persiapan sudah dilaksanakan dan kita bersedia menerima jemaah dengan menawarkan perkhidmatan di semua koridor, tingkat dan bumbung,” katanya.


Sebelum ini, Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci itu memperuntukkan beberapa kawasan solat khas untuk jemaah berkeperluan khas dan golongan wanita lanjut usia di Masjidil Haram.


Agensi Pembantu bagi Khidmat Sosial, Kesukarelawanan dan Kemanusiaan Wanita menyediakan semua kemudahan di tempat solat yang diperuntukkan bagi semua jemaah wanita untuk mendirikan solat dengan mudah dan selesa.


Tempat solat ditentukan bagi setiap kategori jemaah, antaranya ada yang diperuntukkan bagi jemaah yang berkerusi roda.


Beberapa aturan dibuat bagi jemaah yang kurang daya penglihatan. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >