Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawasan Tokyo berdepan kekurangan bekalan elektrik

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



YOKOHAMA (Jepun): Kawasan Tokyo berdepan dengan kekurangan bekalan kuasa mulai semalam, dengan kerajaan Jepun kelmarin menggesa orang ramai menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sedang musim panas melanda teruk ibu kota negara itu.



Di Tokyo dan lapan kawasan kejiranan berdekatan di timur Jepun, lebihan janaan kuasa akan menurun serendah 3.7 peratus selama setengah jam dari tengah hari sehingga 5 petang semalam, menurut anggaran yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perusahaan (METI).



Sokongan tambahan 3 peratus dianggap sebagai keperluan minima bagi bekalan tenaga yang mantap.



Pihak kementerian telah menggesa pengguna untuk mengurangkan penggunaan tenaga antara 3 hingga 6 petang bagi mengelak kemungkinan kekurangan tenaga.



"Harap jimat sebanyak mungkin tenaga elektrik, seperti memadamkan lampu bila tidak digunakan," katanya dalam satu kenyataan.



Kementerian itu juga menggesa kepedulian bagi mengelak berlaku strok haba atau 'heat stroke' dengan penggunaan pendingin hawa secara wajar.



Sehingga tengah hari kelmarin, seramai 46 orang di Tokyo telah dikejarkan ke hospital kerana disyaki mengalami strok haba, lapor penyiaran awam, NHK.



Dalam satu kes berasingan pada Sabtu lepas (25 Jun), seorang lelaki berusia 94 tahun di bandar Kawagoe, 20 kilometer (km) di barat laut Tokyo, meninggal dunia disyaki mengalami strok haba di biliknya yang tiada pendingin hawa, lapor NHK.



Bandar Isezaki, 85km di barat laut Tokyo, mencatat suhu cuaca tertinggi untuk bulan Jun ini pada Sabtu lepas, melepasi paras 40 darjah celsius, menurut agensi Meteorologi Jepun.



Bekalan tenaga elektrik Jepun sememangnya 'cukup-cukup makan' disebabkan banyak loji tenaga nuklear masih tutup selepas tsunami melanda dan bencana nuklear Fukushima pada 2011.



Malah, loji tenaga kuasa terma yang semakin lanjut usia telah ditutup dalam usaha mencapai matlamat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.



Jepun juga mengalami kekurangan bahan api fosil, termasuk gas cecair asli, disebabkan konflik di Ukraine dan sekatan ke atas Russia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >