Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kazakhstan hadapi krisis ketegangan paling buruk sejak merdeka

Presiden Kazakhstan tolak desakan runding dengan pihak penunjuk perasaan
Jan 09, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah meluluskan permintaan kakitangan dan ahli keluarga mereka untuk meninggalkan konsulat AS di Almaty, Kazakhstan, di tengah-tengah perintah darurat negara itu.



"Rakyat Amerika di Kazakhstan harus sedar bahawa bantahan ganas boleh memberi kesan sangat buruk kepada keupayaan Kedutaan AS untuk memberi bantuan kepada rakyat AS yang mahu meninggalkan Kazakhstan," kata Jabatan Negara.



Puluhan orang maut dan banyak bangunan awam di serata Kazakhstan telah diselongkar dan dibakar dalam episod keganasan paling buruk di republik bekas negeri dalam Kesatuan Soviet itu dalam 30 tahun sejak kemerdekaannya.



Presiden Kazakhstan, Encik Kassym-Jomart Tokayev, kelmarin menolak desakan untuk berunding dengan pihak penunjuk perasaan, selepas pergolakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini tercetus sejak beberapa hari lalu.



Sebaliknya, beliau berikrar menghapuskan 'penyamun bersenjata' dan memberikan kuasa kepada pasukan keselamatan untuk menembak mati tanpa amaran.



Encik Tokayev ketika menyampaikan perutusan bernada keras itu turut menzahirkan ucapan "terima kasih khas" kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, selepas pakatan tentera diketuai Moscow menghantar pasukan ke Kazakhstan bagi membantu menangani krisis berkenaan.



Wartawan agensi berita AFP mendakwa pasukan keselamatan bertindak menutup kawasan strategik di Almaty - bandar terbesar di Kazakhstan serta menjadi pusat insiden ganas baru-baru ini - dan melepaskan tembakan ke udara jika ada sesiapa menghampiri.



Keadaan di tempat lain sekitar bandar ini pula dilihat umpama 'pekan terbiar', dengan bank, pasar raya dan restoran ditutup.



Beberapa kedai kecil masih beroperasi tetapi makanan disediakan habis dijual dalam masa singkat.



Jurucakap bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Stéphane Dujarric, berkata pihaknya sedang memantau secara dekat perkembangan di Kazakhstan.



Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi manusia, Cik Michelle Bachelet, pula menggesa semua orang, termasuk pasukan keselamatan, penunjuk perasaan dan yang lain agar elak dari tindakan ganas dan mencari huraian damai.



Encik Tokayev berkata, ketenteraman sudah pulih di sebahagian besar kawasan seluruh Kazakhstan, selepas insiden tunjuk perasaan tercetus minggu ini bagi membantah kenaikan harga minyak sehingga berlaku keganasan meluas.



"Pengganas berterusan merosakkan harta benda dan menggunakan kekerasan senjata ke atas orang awam.



"Saya sudah mengarahkan pasukan pihak berkuasa untuk menembak mati tanpa amaran," katanya dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen.



Beliau sekali gus menyifatkan desakan pihak luar negara supaya rundingan diadakan berhubung pergolakan itu, sebagai 'karut'.



"Kita sedang berdepan penyamun bersenjata dan terlatih, kedua-dua tempatan serta asing. Penyamun bersama pengganas. Justeru, mereka mesti dihapuskan. Ini akan dilakukan tidak lama lagi," katanya.



Kazakhstan kini berdepan krisis terbesar dalam tempoh berdekad-dekad, selepas sekian lama dilihat sebagai antara republik bekas Soviet yang paling stabil di Asia Tengah. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >