Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KCNA: Kim dan Trump akan bincang proses keamanan, penyerahan kuasa nuklear di S'pura

Jun 11, 2018 | 10:42 AM
81d80080-6f40-4982-827f-6a55c2a08de2
-

SEOUL: Media negara Korea Utara, pada 11 Jun, berkata pemimpinnya Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan membincangkan 'mekanisme keamanan yang berkekalan dan berdaya tahan' di semenanjung Korea, termasuk penyerahan kuasa nuklear di sana dan isu lain yang menjadi keprihatinan bersama.

Encik Trump dan Encik Kim tiba di Singapura pada Ahad ( 10 Jun) untuk menghadiri Sidang Puncak - buat julung-julung kali antara pemimpin Korea Utara dan presiden Amerika .

"Pandangan hebat yang berbilang topik berkenaan membentuk hubungan DPRK-AS baru, isu memupuk pendekatan keamanan berkekalan dan tahan lama di semenanjung Korea, isu menyerahkan sepenuhnya kuasa nuklear di semenanjung Korea dan isu lain yang menjadi keprihatinan bersama, sebagaimana yang diperlukan oleh era yang berubah ini, akan dibincangkan di sidang puncak DPRK-AS," ktaa Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dalam bahasa Inggeris.

DPRK ialah nama penuh bagi Korea Utara, iaitu Repablik Rakyat Demokratik Korea.

Sidang Puncak DPRK-AS dijadual berlangsung pada 12 Jun di Sentosa, Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg