Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keadaan di ibu kota Sudan semakin buruk sejak perang saudara meletus

May 17, 2023 | 05:30 AM



KHARTOUM: Sebulan sejak konflik Sudan meletus, ibu kotanya menjadi zon perang yang terpencil di mana keluarga yang terjejas berkumpul di rumah ketika pertempuran berlaku, manakala wilayah Darfur barat telah mengalami huru-hara.



Penduduk Khartoum telah mengalami kekurangan makanan untuk beberapa minggu, manakala bekalan elektrik terputus, sedang komunikasi terputus dan inflasi berterusan.



Ibu kota seramai lima juta penduduk itu, yang sebelum ini stabil, kini kembali kepada asal, seperti semasa tercetusnya konflik dahulu.



Kelihatan pesawat hangus di landasan lapangan terbang, kedutaan asing ditutup dan hospital, bank, kedai dan kilang gandum digeledah perompak.



Keganasan di El Geneina, ibu negeri Darfur Barat, menyebabkan beratus-ratus terbunuh dan sistem kesihatan runtuh, kata pegawai perubatan.



Pertempuran berterusan pada hari Isnin, dengan letupan kuat kedengaran di seluruh Khartoum dengan asap tebal menyelubungi langit, manakala pesawat pejuang melancarkan tembakan ke atas kapal terbang, menurut saksi.



"Keadaan semakin buruk dari hari ke hari," kata seorang penduduk selatan Khartoum berusia 37 tahun yang tidak mahu namanya disiarkan kerana bimbang dengan keselamatannya.



"Orang ramai semakin takut kerana kedua-dua pihak semakin ganas."



Seorang lagi saksi melaporkan "pertembungan berlaku dengan menggunakan pelbagai jenis senjata" di Omdurman.



Pertempuran meletus pada 15 April antara ketua tentera, Abdel Fattah al-Burhan dengan bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo, yang mengetuai Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang separa tentera.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih daripada 700,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran itu, dan hampir 200,000 lagi melarikan diri dari Sudan ke negara jiran.



Terdapat juga kebimbangan terhadap kestabilan rantau yang lebih luas.



"Kami ditinggalkan di jalanan, di bawah sinar matahari," keluh Encik Hamden Mohammed, yang melarikan diri dari kawasan Khartoum untuk ke Pelabuhan Sudan.



"Kami mahu dipindahkan dari Sudan, kerana negara ini sudah musnah. Tiada makanan, tiada kerja… tiada apa-apa," katanya.



Kira-kira 1,000 orang telah terbunuh, terutamanya di dalam dan sekitar Khartoum serta wilayah Darfur Barat yang musnah, menurut pakar perubatan.



Keganasan pada Jumaat dan Sabtu di El Geneina, ibu kota Darfur Barat, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 280 nyawa, menurut persatuan doktor Sudan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >